Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerjasama BN-PN direstui rakyat Malaysia
utama

Kerjasama BN-PN direstui rakyat Malaysia

 

SEREMBAN: Gelombang hijau bertukar kepada warna biru di Negeri Sembilan apabila Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Dato’ Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, kerjasama BN dan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan direstui sebahagian besar rakyat.

Katanya, kerjasama yang terjalin sekarang tidak wajar lagi digugat oleh perpecahan dalaman.

“Yakinlah tuan-tuan, penyatuan BN-PN sebenarnya direstui dan disukai seluruh rakyat Malaysia. Yang tak suka sebenarnya mereka yang koyak,” katanya pada ceramah Mega Birukan Seremban di Dewan Perdana KRS malam tadi.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Wawasan, Dato’ Seri Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan, Dato’ Dr Dominic Lau; Presiden Pejuang, Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir.

Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Seri Sanusi Md Nor.

Dewan Perdana KRS penuh sesak dengan kehadiran petugas pilihan raya PN dan BN.

Md Alwi yang juga bekas Adun Kok Lanas berkata, kerjasama yang terjalin antara BN dan PN menjelang PRN Negeri Sembilan turut disambut sebahagian besar rakyat.

“Jadi sekarang yang berlawan di pentas pilihan raya hanyalah biru lawan merah,” katanya.

Menurutnya juga BN dan PN memilih membahagikan kerusi mengikut kekuatan masing-masing bagi memastikan dapat mencapai kemenangan bersama.

Kata beliau daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan di Negeri Sembilan, BN menampilkan 25 calon dan 11 lagi ditandingi kompenan PN.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook