Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Mahkamah Tinggi batal saman pemula bekas Adun PAS
utama

Mahkamah Tinggi batal saman pemula bekas Adun PAS

 

KANGAR: Mahkamah Tinggi Kangar membatalkan saman pemula tanpa perintah kos yang difailkan tiga mantan Adun PAS ekoran berlaku kekosongan luar jangka yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis pada 25 Disember lepas.

Saman pemula tersebut difailkan bekas Adun Chuping, Saad Seman; Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim dan Bintong, Fakhrul Anwar Ismail.

Saman pemula tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kangar bagi menuntut pengisytiharan kerusi kosong oleh Speaker DUN, Rus'sele Eizan, dibatalkan dan disifatkan di luar bidang kuasa.

Pada 25 Disember lepas Speaker Dun Perlis mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi ketiga-tiga kerusi terbabit.

Bagaimanapun pada 2 Januari 2026 ketiga-tiga plaintif memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Rus'sele sebagai defendan pertama dan Dun Perlis sebagai defendan kedua.

Dan pada 25 Februari Speaker Dun memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula tersebut.

Ketiga-ketiga bekas Adun PAS terbabit sebelum ini bersama lima Adun Bersatu dilapor menandatangani akuan berkanun (SD) mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli.

Susulan itu tiga mantan Adun tersebut digugurkan keahlian PAS dan kerusi Dun Chuping, Guar Sanji dan Bintong disytiharkan kosong.

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat berkata, prosiding hari ini melibatkan perbicaraan permohonan Speaker Perlis dan Dewan Negeri untuk membatalkan saman pemula berkenaan.

Katanya, Hakim Dato’ Mohamad Abazafree Mohd Abbas membenarkan permohonan Speaker Perlis untuk membatalkan saman pemula tersebut.

Pembatalan itu dibuat berdasar Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan memberi keistimewaan kepada Speaker Dun, di mana keesahan keputusan Speaker tidak boleh dipersoal di mana-mana mahkamah.

Selain itu, keputusan Speaker menggunakan budibicaranya di bawah Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis adalah sah.

“Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan Dun selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, selagi mana kuasa itu dilaksanakan dalam ruang lingkup undang-undang dan Perlembagaan,” kata LUHAM.

Pada prosiding tersebut Speaker Perlis dan Dewan Negeri Perlis diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Dr Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi bin Che Abu, manakala tiga mantan Adun tersebut diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook