Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PAS mampu cipta lebih banyak kejayaan
utama

PAS mampu cipta lebih banyak kejayaan

 
Oleh Salmah Mat Husain | Foto Media Dun Meranti |

PASIR MAS: PAS diyakini mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan terus melebarkan pengaruh ke seluruh negara.

Pengerusi Aset PAS Kelantan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, PAS kini bergerak ke arah memperkukuhkan sayap dan pengaruhnya di setiap negeri.

“Saya yakin PAS dapat mencatat kemenangan di kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini bagi memperkukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan.

“Begitu juga pengaruh PAS di Negeri Sembilan dan Melaka didapati semakin meluas sekarang,” katanya di sini.

Pada mesyuarat agung PAS Pasir Mas kali ke-73 Sabtu lepas beliau menerima Anugerah Tokoh PAS Kawasan Pasir Mas. Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hanifa dilahirkan di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas pada 8 Ogos 1946 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah di Kuala Lumpur.

Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Malaya. Selepas menamatkan pengajian beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Antara jawatan yang pernah disandang termasuk Penolong Pegawai Daerah Temerloh, Pegawai Pembangunan Negeri di Negeri Sembilan dan Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam arena politik, Hanifa dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pasir Mas pada sesi 1991 hingga 1993.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Pasir Mas (1993- 1995) dan Setiausaha PAS kawasan (1995-2001).

Hanifa menerajui PAS Pasir Mas sebagai Yang Dipertua bermula tahun 1999 sehingga 2024.

“Sekiranya ada cabaran, hadapilah dengan telus. Jika ada yang memperlekehkan perjuangan PAS, hadapilah dengan tenang dan baik.

“Bacalah sejarah perjuangan PAS terdahulu untuk memahami bagaimana parti ini mampu bertahan dan berjaya sehingga hari ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan golongan muda agar tidak cepat melatah atau bertindak melulu apabila berdepan dakwaan dan tuduhan terhadap PAS.

Hanifa turut melahirkan rasa terharu di atas anugerah yang diberi PAS Pasir Mas.

“Saya tidak sangka dan tidak dimaklumkan mengenainya. Terima kasih kepada kepimpinan PAS Pasir Mas atas penghargaan tersebut.

“Tidak bermakna saya akan berehat dalam perjuangan selepas menerima anugerah ini. Bulan depan usia saya genap 80 tahun,” katanya. Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook