Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Petugas media sosial PAS perkemas gerak kerja
utama

Petugas media sosial PAS perkemas gerak kerja

 

BACHOK: Lebih 300 petugas media sosial PAS Kelantan berhimpun malam tadi bagi memperkemaskan gerak kerja sebagai persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Sebahagian besar mereka merupakan anak-anak muda, menyertai Himpunan Jentera Media Sosial PAS Kelantan yang diadakan di Kompleks Pendidikan Islam Bachok dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, dengan keupayaan petugas-petugas media sosial dari seluruh Dewan Undangan Negeri (Dun) dapat membantu jentera penerangan PAS menjelaskan sesuatu isu dan gerak kerja wakil rakyat.

Katanya, dahulu seseorang pemimpin hendak berjumpa dengan orang ramai perlu datang ke masjid atau pasar.

“Namun sekarang sudah berbeza, media sosial menjadi gelanggang untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

"Maka menjadi kewajiban petugas media sosial PAS menguasai ilmu dan perkembangan semasa supaya jentera penerangan kita tidak ketinggalan,” katanya ketika merasmikan himpunan tersebut.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud; wakil-wakil rakyat; Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Selain itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Kelantan, Razuan Awang Hamat; Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Nadzir Helmi dan Setiausaha Jabatan Penerangan PAS Kelantan, Mohd Zaim Irsyad Zainal Abidin.

Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS turut menggariskan arahan kerja sebagai panduan kepada petugas media sosial PAS.

Antaranya perkukuhkan organisasi dan keupayaan jentera, perkemas naratif dan respons isu, guna media sosial dengan berkesan, perbanyakkan kandungan berkualiti, perluas pengaruh komunikasi digital.

Selain itu, menggerakkan ceramah, libat urus media digital dan utamakan disiplin serta pretasi.

Sementara itu Mohd Asri berkata, kuasa viral media sosial menyebabkan sesuatu perkara yang tidak benar dianggap sebagai betul.

Katanya, kuasa media sosial begitu besar dalam dunia sekarang bagi membolehkan orang ramai mendapat mendapat dengan mudah dan cepat.

“Malah berdasar data, Malaysia muncul sebagai negara pengguna media sosial paling tinggi di Asia Tenggara,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook