Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pulau Sri Tanjung destinasi pelancongan unik
utama

Pulau Sri Tanjung destinasi pelancongan unik

 
Oleh Salmah Mat Husain |

TUMPAT: Pulau Sri Tanjung terletak di Kampung Teluk Renjuna merupakan destinasi pelancongan unik yang semakin mendapat perhatian pelancong.

Kawasan itu terletak di delta muara Sungai Kelantan merupakan sebahagian daripada gugusan 13 pulau dan dihuni lebih 500 keluarga yang masih mengekalkan kehidupan serta budaya masyarakat pesisir sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Pulau Sri Tanjung mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti bertaraf negeri dan nasional.

Katanya, usaha itu perlu mendapat sokongan berterusan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Pulau ini menawarkan pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain apabila pengunjung perlu menaiki bot untuk sampai ke destinasi pelancongan terbabit.

“Sepanjang perjalanan pelancong dapat menikmati panorama hutan bakau, deretan pokok kelapa serta suasana kehidupan masyarakat yang masih kaya dengan adat dan tradisi,” katanya di sini semalam.

Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke Pulau Sri Tanjung bagi  merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran 2026 dan Fire Point Masjid Telok Renjuna serta Penubuhan Bomba Komuniti Telok Renjuna.

Tarikan utama di pulau berkenaan Pasar Terapung Pulau Sri Tanjung yang menawarkan pelbagai juadah tradisional, makanan laut segar, kuih-muih tempatan dan hasil kampung yang dijual dari atas bot.

Hilmi berkata, konsep pasar terapung turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat melalui pembangunan pelancongan berasaskan komuniti.

Menurut beliau, Pulau Sri Tanjung sesuai dijadikan destinasi rekreasi keluarga, lokasi bergambar serta tempat menikmati hidangan berkonsep sungai.

“Kerajaan negeri bersama pihak berkuasa tempatan akan terus memperkukuh kemudahan asas, aspek kebersihan, landskap, keselamatan serta promosi bagi menarik lebih ramai pelancong.

“Harapan kita agar Pulau Sri Tanjung menjadi contoh kejayaan pelancongan berasaskan komuniti yang mampu memelihara khazanah alam sekitar dan warisan budaya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Saidi Mamat @ Ghani atau lebih dikenali sebagai Abe Mat atas usaha membangunkan Pulau Sri Tanjung sebagai destinasi pelancongan sungai yang unik.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook