Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Warga emas tidak pernah berkahwin wajar dibantu
utama

Warga emas tidak pernah berkahwin wajar dibantu

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Warga emas yang tidak pernah berkahwin, tidak mempunyai zuriat dan menjalani kehidupan bersendirian tanpa tempat bergantung wajar mendapat pembelaan kerajaan.

Pengarah Pusat Khidmat Dun (PKD) Kota Lama, Dato' Sr Zamri Ismail berkata, ketika ini terdapat ramai golongan warga emas yang tidak pernah berkahwin dan hidup bersendirian.

Katanya, golongan terbabit tentunya berdepan dengan pelbagai kesukaran selepas usia semakin lanjut dan menghidapi pelbagai jenis penyakit.

“Di Kelantan sehingga sekarang terdapat pelbagai jenis bantuan kepada golongan warga emas dan penduduk miskin, namun tiada bantuan khusus diberi kepada kelompok terbabit.

"Saya akan cadang kepada kerajaan negeri agar skim baru diwujudkan untuk membantu golongan terbabit supaya mereka tidak terabai.

"Kita angkat di peringkat Dun dan kawasan terlebih dahulu sebelum dibawa  ke peringkat kerajaan negeri," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada armalah masyarakat Cina dan India di Pusat Khidmat Masyarakat DHPP di sini, semalam.

Hadir sama Penyelia Dun Kota Lama, Ir Nor Shakiman Muhammad dan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan, Lim Guan Seng.

Zamri juga berkata, golongan warga emas yang tidak pernah berkahwin dan hidup bersendirian melibatkan semua bangsa termasuk Melayu, Cina, India dan Siam.

Menurutnya juga program berkenaan merupakan sebahagian daripada program kebajikan dilaksana kerajaan Kelantan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Keadaan ekonomi hari ini begitu dirasai dengan peningkatan harga barang keperluan harian yang memerlukan kebijaksanaan dalam mengurus perbelanjaan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Ir Nor Shakiman berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai skim kebajikan kepada rakyat bermula daripada kelahiran sehingga meninggal dunia.

Antaranya kata beliau Skim Cakna Aulad, Skim Gerbang Azziwaj, sumbangan pendidikan, bantuan penyakit kronik dan kifaalah warga emas.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook