Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 15,000 pengunjung 'serbu' Jelajah KALA 2026
utama

15,000 pengunjung 'serbu' Jelajah KALA 2026

Oleh: Tuan Arjuna Beta | Foto: Unit Latihan dan Komunikasi Korporat PKINK |

TUMPAT: Jelajah KALA 2026 di Pantai Sri Tujuh meriah apabila lebih 15,000 pengunjung direkodkan hadir sehingga hari kedua penganjuran, dan dijangka berterusan hari terakhir esok.

Mengangkat tema ‘Warisan Perkampungan Nelayan’, program berkenaan bukan sahaja menjadi medan mengetengahkan keunikan warisan dan budaya masyarakat setempat, malah menawarkan pelbagai aktiviti, produk tempatan serta juadah makanan. 

Tinjauan di tapak Jelajah KALA 2026 meriah terutama pada sebelah petang hingga malam apabila pengunjung memenuhi lokasi ekspo bagi mendapatkan pelbagai produk tempatan selain menyaksikan pelbagai aktiviti serta acara yang diadakan.

Lebih 64 reruai yang disediakan, termasuk menampilkan usahawan tempatan serta kaunter perkhidmatan pelbagai agensi bagi orang ramai mendapat maklumat berkaitan produk sebagai menyokong hasil keluaran tempatan.

Pengunjung setia Jelajah KALA 2026, Mohd Zairi Su, 44, berkata beliau datang dari Kota Bharu bersama keluarga bagi merasai kemeriahan program berkenaan, di samping menyaksikan Malam Kesenian Warisan dan Patriotik.

Menurutnya, persembahan yang menampilkan pendikir tersohor Kelantan, antaranya Fendi Kenali, Rozi Kemam Berduri dan Emie Sukma Sari, menjadi antara tarikan pengunjung.

“Saya datang bersama keluarga sambil mengikuti persembahan dikir barat. Persembahan seperti ini bukan sahaja menghiburkan, malah dapat menikmati seni warisan Kelantan secara lebih dekat.

“Suasana di sini sangat meriah dengan pelbagai aktiviti dan gerai jualan. Memang berbaloi datang bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagi dua sahabat dari Pasir Mas, Fatihah Kamarulzaman, 28, dan Nik Ratna Sari Nik Roshdi, 24, Jelajah KALA 2026 menjadi peluang untuk mencuba sesuatu yang berbeza apabila menyertai pertandingan gubahan yang menguji kreativiti dan bakat setiap peserta.

Fatihah berkata, penyertaan itu bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah menjadi ruang untuk mengasah kreativiti sambil menikmati kemeriahan program bersama rakan.

“Ini kali pertama kami menyertai pertandingan seperti ini dan sangat menyeronokkan. Selain dapat mencuba sesuatu yang baharu, kami juga berpeluang melihat pelbagai aktiviti menarik,” katanya.

Dalam pada itu, reruai KALA Sentral menjadi antara lokasi tumpuan kerana menghimpunkan pelbagai produk usahawan tempatan, sekali gus memberi ruang pengusaha memperkenal dan memasarkan produk mereka.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook