Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Atlet taekwondo MPI sasar sertai Olimpik
utama

Atlet taekwondo MPI sasar sertai Olimpik

Oleh Asri Hazim |

KOTA BHARU: Pelajar Maahad Pengajian Islam (MPI) Muhammad Esyhan Izz Rifqi Badaliza membuktikan pelajar sekolah agama juga mampu cemerlang dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.

Beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas meraih empat pingat emas pada Kejohanan Jemputan Taekwon-Do Antarabangsa ITF 2026 di Loudi, China baru-baru ini.

Esyhan mewakili Malaysia bersama Kelab High Kicks Taekwondo berjaya menguasai empat kategori pertandingan iaitu Team Pattern, Individual Pattern, Individual Sparring dan Team Sparring.

Pada hari pertama kejohanan, beliau meraih tiga pingat emas menerusi acara Team Pattern, Individual Pattern dan Individual Sparring.

Dan pada hari kedua sekali lagi beliau menaiki podium selepas meraih pingat emas dalam kategori Team Sparring.

Kepulangan wira taekwondo malam semalam disambut meriah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Hadir sama Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhammad; Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Ahmad Pakhruddin Deraman dan Pengetua MPI Ustaz Muslim Che Yusoff.

Turut hadir guru, rakan-rakan sekolah dan alumni MPI sebagai meraikan kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa.

Esyhan ketika ditemui mengakui terharu terhadap sambutan yang diberi kerajaan negeri, sekolah, guru, rakan-rakan serta alumni MPI.

Katanya, sebelum ini beliau pernah menyertai pertandingan di Korea, namun  hanya mendapat pingat gangsa.

“Ini merupakan kali pertama saya bertanding di China dan Alhamdulillah, mencapai kejayaan yang membanggakan,” katanya yang mulai terbabit aktif dalam seni pertahanan diri itu tahun tiga lalu.

Menurutnya, sebelum pertandingan berlangsung beliau tidak meletak sasaran terlalu tinggi dan hanya memberi tumpuan latihan serta persediaan lain.

Kata beliau juga sasaran selepas ini untuk terus melangkah ke peringkat lebih tinggi termasuk kejohanan dunia termasuk Olimpik.

Beliau juga juga berharap MPI dan sekolah agama lain di Kelantan dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang mampu mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Mudir MPI berkata, pencapaian Esyhan merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kepada warga sekolah tersebut.

“Pihak sekolah mengambil inisiatif mengatur sambutan kepulangan Esyhan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum diteruskan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

“Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan menjadi pembakar semangat untuk Esyhan mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

“Kita mahu membuktikan sekolah agama bukan sahaja mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, tetapi juga mampu melahirkan atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kejayaan pelajar terbabit turut mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dengan merakam ucapan tahniah dan penghargaan.

Beliau berharap kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak Kelantan untuk mengharum nama negeri dan negara ke pentas antarabangsa.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook