Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dakwah perlu digerak berdasar keadaan semasa
utama

Dakwah perlu digerak berdasar keadaan semasa

 

KOTA BHARU: Ulama perlu bijak membaca realiti politik semasa supaya gerak kerja dakwah dapat dilaksanakan mengikut keadaan dan selaras cabaran yang dihadapi umat Islam hari ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, peranan ulama sebagai pembimbing ummah menuju jalan hidayah dan petunjuk yang benar.

Menurut beliau, dakwah perlu digerakkan berdasarkan keadaan semasa dan realiti sebenar agar ummah tidak hanyut dibawa arus yang boleh membinasakan mereka.

“Justeru para ulama mesti bijak dan tahu membaca realiti politik semasa kerana elemen itu merupakan faktor penting bagi memahami bagaimana dakwah ingin digerakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tulisan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Minda Presiden yang mendakwa DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda penjajah bagi melemahkan kedudukan politik orang Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Tuan Mohd Saripudin berkata, walaupun tulisan tersebut agak tajam, ia perlu dilihat sebagai peringatan kepada umat Islam berdasarkan realiti semasa.

“Kalau diperhalusi, kenyataan ini ditulis berdasarkan sejarah dan pengalaman politik yang dihadapi bersama DAP.

“Pastinya DAP bergerak mengikut dasar mereka yang bertembung dengan fikrah Islam yang tulen. Demikian juga isu-isu seputar yang berlaku, lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang kepentingan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, peringatan tersebut bukanlah satu momokan atau hasutan untuk mencetuskan perpecahan, sebaliknya seruan supaya umat Islam di Malaysia bersatu dan mengukuhkan kedudukan mereka.

“Kitalah yang perlu memimpin mereka, bukan dipimpin oleh mereka. Lihatlah Singapura sebagai contoh terdekat,” katanya.

Katanya, ketegasan tersebut perlu kerana pihak yang dimaksudkan mempunyai kuasa dan paling mendominasi dalam pakatan mereka.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya umat Islam tidak melupakan realiti bahawa pihak berkenaan mempunyai kuasa yang boleh digunakan untuk mempengaruhi atau mempergunakan golongan ulama tanpa disedari.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, Kelantan terkenal sebagai negeri yang mempunyai banyak institusi pondok dan ulama yang memainkan peranan besar dalam membimbing masyarakat.

Kata beliau Kerajaan Negeri bersama Dewan Ulamak bersedia bekerjasama dengan institusi pondok dalam mendepani cabaran perubahan zaman dan teknologi.

Malah Dewan Ulamak PAS Kelantan pernah dipimpin tokoh-tokoh ulama pondok seperti Tuan Guru Haji Ghazali Pulai Chondong, Tuan Guru Haji Zakaria Ismail, Tuan Guru Haji Daud Meranti dan Tuan Guru Haji Hussien Rahimi.

Katanya, Dewan Ulamak PAS merupakan antara wadah dan medium bagi para ulama bersatu serta membimbing masyarakat berdasarkan kefahaman Islam yang benar.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook