Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Insentif berganda menunggu atlet Kelantan
utama

Insentif berganda menunggu atlet Kelantan

 
Oleh Damia Hana |

KOTA BHARU: Atlet Kelantan yang berjaya memenangi pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 ditawar insentif yang lebih tinggi tahun ini.

Insentif pingat emas dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM6,000. Pingat perak daripada RM2,000 kepada RM3,000, manakala gangsa RM1,500 kepada RM2,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) bersetuju menaikkan kadar insentif kepada atlet yang memenangi pingat pada SUKMA di Selangor.

Katanya, kenaikan itu sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama Kelantan.

“Walaupun kita ada kekangan kewangan tetapi kita perlu meraikan atlet-atlet bagi memberi motivasi supaya mereka membuat yang terbaik,” katanya  pada rancangan FOKUS terbitan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen Kelantan berkata, bermula tahun lalu proses pemilihan atlet dilaksanakan menerusi temasya Sukan Kelantan (SUKEL) yang terbuka kepada semua atlet.

Kata beliau SUKEL menjadi antara platform penting untuk menilai prestasi atlet melalui pertandingan sebelum pemilihan dibuat.

“Di situlah kita buat penilaian yang sewajarnya, Insya-Allah kita berharap ia menepati pemilihan yang ditetapkan. SUKEL dianjurkan secara dwitahunan diuruskan Majlis Sukan Negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zamakhshari mengingatkan atlet yang bakal mewakili Kelantan supaya memberikan aksi terbaik kerana mereka membawa nama dan maruah negeri.

Kontinjen Kelantan menyasarkan kutipan 34 pingat keseluruhan iaitu 16 emas, tujuh perak dan 11 gangsa.

Edisi kali ini menyaksikan penyertaan kontinjen terbesar dengan kekuatan 751 anggota kontinjen. Mereka akan mengambil bahagian dalam 35 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook