Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Juara Muay Thai terima saguhati kerajaan Kelantan
utama

Juara Muay Thai terima saguhati kerajaan Kelantan

 
KOTA BHARU: Juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship Alif Rakib, 22 berharap dapat mengekalkan kejuaraan dunia paling lama menerusi siri pertandingan  akan datang.

Impiannya untuk mengharumkan nama Kelantan dan Malaysia menerusi sukan tersebut di peringkat antarabangsa.

“Alif menyeru rakyat Malaysia khususnya Kelantan mendoakan kemenangan Alif dalam siri pertandingan pada masa hadapan,” ujarnya ketika ditemui selepas menerima saguhati kerajaan negeri di sini semalam.

Cenderahati sejumlah RM20,000 disampaikan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud pada majlis ringkas yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar (JKR 10).

Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN), Mohd Arman Zulkifli, ibu bapanya, Suriawati Che Wook, 46 dan Rakib Ahmad, 53.

Rakib Ahmad juga merupakan bekas peninju kebangsaan dan terbabit dalam sukan tempur sejak kecil. Adik kepada Alif Rakib, Adam Rakib turut mengikuti jejak langkah abangnya terbabit dalam sukan tersebut.

Baru-baru ini, Alif Rakib berjaya melakar sejarah luar biasa apabila berjaya menewaskan legenda dan bekas juara dunia dua kategori One Championship, Sam-A Gaiyanghadao pada aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Beliau menamatkan saingan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu menerusi kemenangan knockout pada pusingan kelima.

Selain membawa pulang tali pinggang kejuaraan, beliau turut meraih bonus prestasi perlawanan bernilai USD50,000 (RM204,565).

Aliff pernah muncul sebagai juara dunia remaja Muay Thai dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2021 di Vietnam. Beliau juga pernah memenangi pingat emas SUKMA 2022.

Aliff dijangka kembali beraksi pada Oktober ini menentang Juara Dunia Muay Thai Strawweight, Prajanchai PK Saenchai, dalam pertarungan yang dijadualkan berlangsung di Malaysia.

Sementara itu Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada atlet Muay Thai terbabit kerana berjaya mengharumkan nama Kelantan dan Malaysia di persada antarabangsa.

“Juara dunia ini kira kuatlah. Nabi pun kasih kepada orang yang kuat. Semoga Aliff terus berjaya dalam bidang ini pada masa depan,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri akan memberi sokongan mengikut kemampuan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Aliff mengharumkan nama negeri serta negara.

“Marilah kita sama-sama mendoakan dan memberi sokongan kepada Aliff Rakib. Semoga beliau terus cemerlang, melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama Kelantan serta Malaysia di persada dunia,” katanya.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook