Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kutipan wakaf tunai MAIK meningkat
utama

Kutipan wakaf tunai MAIK meningkat

 
KOTA BHARU: Langkah kerajaan negeri mengurangkan birokrasi dalam urusan berkaitan wakaf tanah diharap dapat menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat melaksanakan ibadah wakaf.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, urusan wakaf tanah kini dipermudah menerusi pendekatan pusat sehenti.

Menurutnya, penambahbaikan itu susulan kelulusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 31 Disember 2025 yang membawa kepada pelaksanaan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 7 Tahun 2026.

“Urusan permohonan serentak bagi penyerahan balik dan perizaban tanah kini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Bulan Wakaf MAIK 2026 di sini semalam.

Oleh itu beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sokongan serta kelulusan yang memudahkan urusan wakaf tanah kepada MAIK.

Kata beliau usaha berkenaan bukan sahaja mengurangkan kerenah birokrasi, malah membuka ruang kepada lebih ramai anggota masyarakat menyertai ibadah wakaf.

“Usaha ini seterusnya dapat membantu mengukuhkan sosioekonomi ummah di negeri Kelantan,” katanya.

Beliau juga berkata, kutipan wakaf tunai MAIK meningkat 38.44 peratus kepada RM1.37 juta bagi tempoh Januari hingga 22 Ogos lalu.

Tengku Mohamad Rizam juga berkata, sebanyak 16 projek berimpak tinggi turut dilaksanakan menerusi dana wakaf tunai MAIK dengan jumlah keseluruhan RM1,196,961.42 meliputi bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan dan kemudahan asas.

“Manfaat secara langsung dan berterusan itu dapat dinikmati masyarakat di seluruh Kelantan,” katanya.

Beliau juga berharap wakaf terus menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di Kelantan dan diperkasakan melalui pelbagai program serta projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook