Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MB konvoi motosikal ke Putik sempena muktamar
utama

MB konvoi motosikal ke Putik sempena muktamar

 

KOTA BHARU: Muktamar PAS Pusat kali ke-72 yang akan diadakan pada 4 dan 5 September ini mencatat sejarah apabila turut diadakan sambutan ulangtahun PAS ke-75, dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) menjangkau 25 tahun.

Sempena sambutan tersebut pameran khas berkaitan sejarah perkembangan PAS dan pembangunan PUTIK akan diadakan di pavilion yang disediakan bersebelah Dewan PUTIK.

Pavilion berhawa dingin itu akan menempatkan reruai Arkib PAS Pusat, Pustaka Permata Ummah, Arkib PAS Kelantan, Arkib PAS Terengganu dan Arkib PAS Kedah.

Selain itu pameran Dewan Ulamak PAS, Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Pendukung PAS, Arkib PAS Perak, Arkib PAS Pahang, PAS Relief, Khidmat Malaysia, Lajnah Kebajikan PAS dan Harakah.

Pengerusi Arkib PAS Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, ruang arkib PAS Kelantan akan menyediakan pameran bahan bersejarah berkaitan PAS, pembangunan PUTIK, info kerajaan negeri dan pelbagai lagi.

“Perwakilan, pemerhati dan pengunjung boleh mendapatkan info berkaitan perkembangan sejarah awal PAS di Kelantan dan kerajaan negeri di bawah PAS sehingga melewati 55 tahun, bermula 1959-1978 dan 1990 sehingga sekarang,” katanya di sini.

Setiausaha Agung PAS Dato’ Seri Takiyuddin Hassan pula memberitahu tahun ini PAS menjangkau usia 75 tahun dan telah melalui jatuh bangun dalam politik tanah air.

Katanya sempena Sambutan Jubli Intan PAS pelbagai program diadakan sepanjang muktamar berlangsung dan kemuncaknya pada 4 September ini.

Program terbabit dijangka bermula pada jam 3.30 petang 4 September dengan Konvoi Anak Muda PAS dari seluruh Kelantan. Peserta akan berkumpul di Taman Bendahara berhampiran Kampus Kota Universiti Malaysia Kelantan.

Konvoi anak muda akan bergerak ke PUTIK menjelang Asar. Dan selepas solat asar berjemaah akan diadakan program sepetang anak muda bersama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Dan selepas solat Maghrib akan diadakan slot Sembang Perjuangan bersama Naib Presiden PAS Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah.

Selepas solat Isyak berjemaah pula akan diadakan solat hajat yang akan diimamkan oleh Tuan Guru Awang Yusuf dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas.

Sebelum berlangsung acara kemuncak sambutan 75 tahun PAS akan diadakan bacaan puisi perjuangan dan sajak istiqamah oleh penyair jemputan.

Kemudian akan diikuti ceramah Perdana Jubli Intan 75 Tahun PAS Pusat yang akan menampilkan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Selain itu wakil tetamu luar negara; Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambutan Jubli Intan PAS Pusat akan berakhir dengan gimik khas persembahan laser.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook