Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Nik Abduh dilantik Senator penggal kedua
utama

Nik Abduh dilantik Senator penggal kedua

 

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, 55 sekali lagi dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Cadangan namanya dibuat Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini. Kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Dato’ Sri Amar D’Raja,  Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan tersebut untuk undian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Cadangan berkenaan kemudiannya diterima majoriti ahli dewan. Nik Abduh diberi kepercayaan untuk mewakili Kelantan ke Dewan Negara bagi penggal kedua.

Sebelum ini beliau dilantik sebagai Senator pada 19 September 2023.

Nik Abduh, merupakan anak Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Parlimen Bachok.

Nik Abduh juga pernah menerajui Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2013-2017.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook