Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Penyatuan parti Melayu-Islam demi kekuatan ummah
utama

Penyatuan parti Melayu-Islam demi kekuatan ummah

Oleh Damia Hana |

KOTA BHARU: Muafakat antara parti-parti Melayu tidak seharusnya dilihat sekadar strategi pembahagian kerusi bagi memenangi pilihan raya semata-mata, sebaliknya memerlukan penghayatan dan kefahaman lebih besar terhadap dasar perjuangan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berkata, Annuar berkata, kerjasama dan persefahaman antara parti Melayu Islam untuk menyatukan ummah, menegakkan Islam serta memperjuangkan bangsa dan tanah air.

Katanya parti-parti Melayu Islam yang bersatu padu dan tidak berpecah menjamin kestabilan sebenar dan berupaya menaungi serta membela semua bangsa, kaum dan agama.

"Kebijaksanaan kepimpinan Melayu Islam dituntut agar agama, bangsa dan tanah air didahulukan, bukan kepentingan puak atau peribadi.

“Muafakat Nasional menyeru semua pemimpin memberi keutamaan kepada persefahaman yang sudah berputik, terus berbuah dan berhasil,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Sehingga kini BN dan PN belum memutuskan secara rasmi untuk membentuk kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk berhubung pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bakal ditandingi di negeri itu. 

Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) berkata, usaha menyatukan parti dan kepimpinan Melayu Islam perlu dilihat dalam kerangka lebih luas demi memastikan kestabilan serta masa depan negara.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook