Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Penyatuan ummah  cetus kemenangan besar  PN-BN di Negeri Sembilan
utama

Penyatuan ummah cetus kemenangan besar PN-BN di Negeri Sembilan

Oleh Damia Hana |

KOTA BHARU: Kepercayaan yang diberi rakyat Negeri Sembilan kepada calon-calon PN dan BN mencerminkan harapan mereka untuk melihat sebuah pentadbiran yang stabil, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, kemenangan tersebut merupakan anugerah daripada Allah SWT yang mesti dipikul  sebagai amanah besar dengan penuh keikhlasan, kebijaksanaan serta tanggungjawab terhadap rakyat.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon yang menang serta menghargai pengorbanan petugas, jentera pilihan raya, sukarelawan dan penyokong yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen.

"Kemenangan PN-BN merupakan hasil daripada semangat kerjasama dan Penyatuan Ummah yang semakin kukuh. Segala pengorbanan masa, tenaga, fikiran dan komitmen yang dicurahkan amat besar nilainya dalam menyumbang kepada kejayaan ini," ujarnya pada kenyataan.

Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan yang diadakan semalam menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan yang menguasai negeri itu sejak 2018 tumbang kepada BN-PN.

BN memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri, PN (7) dan PH (11). Menteri Besar baharu dijangka dilantik dalam tempoh terdekat.

Ustaz Ahmad turut merakamkan penghargaan kepada PAS Negeri Sembilan dan seluruh jentera PAS Kelantan yang melaksanakan amanah dengan penuh disiplin dan dedikasi.

"Semoga kemenangan tersebut menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih kukuh antara PN dan BN, seterusnya memperkasakan agenda Penyatuan Ummah serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

"Marilah kita bersama-sama memelihara kemenangan ini dengan penuh tawaduk dan terus bekerja dengan ikhlas demi rakyat," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook