Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Projek RMMK Badang siap sepenuhnya
utama

Projek RMMK Badang siap sepenuhnya

 

Oleh Tuan Arjuna Beta | Foto Unit Latihan & Komunikasi Korporat PKINK |

KOTA BHARU: Delegasi Ahli Dewan Negara mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, hari ini.

Lawatan itu diketuai Dato’ Dr Hatta Ramli bagi meninjau perkembangan serta kemudahan yang disediakan projek RMMK Badang yang kini siap sepenuhnya.

Turut hadir anggota Exco, Hilmi Abdullah; Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, Dato' Haji Abdul Rahman Yunus; Pengarah Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan),  Nik Azhar Nik Abdul Aziz serta pengurusan kanan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Projek tersebut dilaksanakan PKINK akan memberi manfaat kepada 344 keluarga melalui penyediaan kediaman mampu milik di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan.

Projek terbabit bernilai RM26 juta melibatkan pembinaan tiga blok apartmen setinggi 10 dan 11 tingkat yang menyediakan 344 unit kediaman terdiri daripada jenis A, B dan C.

Harga jualan yang dicadangkan antara RM45,000 hingga RM130,000 memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Projek RMMK Badang turut dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat, antaranya surau, dewan serba guna, tadika, pejabat pengurusan, sembilan unit gerai serta enam unit kedai.

Selain itu, dilengkapi parkir bertutup di tingkat bawah setiap blok, melibatkan 360 petak parkir kereta, 92 petak parkir motosikal serta sembilan petak parkir khas bagi Orang Kurang Upaya (OKU).

Pembangunan RMMK Badang mencerminkan komitmen kerajaan negeri menerusi PKINK menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Kelantan.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook