Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Proses lahir pemimpin perlu dibina secara terancang
utama

Proses lahir pemimpin perlu dibina secara terancang

 

Oleh Salmah Mat Husain |

TUMPAT: Anak muda Kelantan perlu bergerak aktif dalam bidang ilmu, teknologi, inovasi dan profesionalisme, di samping kekal kukuh dengan agama, akhlak, integriti serta jati diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, Kelantan memerlukan generasi muda yang mempunyai cita-cita besar.

Katanya, generasi muda perlu dipersiapkan dengan ilmu, pengalaman, kematangan pemikiran dan kesediaan memikul amanah bagi memastikan mereka mampu mencorakkan masa depan negeri.

“Proses melahirkan kepimpinan muda tidak boleh berlaku secara kebetulan, sebaliknya perlu dibina secara terancang,” katanya ketika merasmikan Pembukaan dan Sesi Townhall Dasar Kerajaan Negeri bersama Kelantan Future Leaders Academy (KFLA) 2026 di The Rhu Beach Resort semalam.

Menurutnya anak muda hari ini bukan sekadar pewaris masa depan, bahkan mereka sebahagian daripada generasi yang sedang mencorakkan masa depan negeri.

Kata beliau proses melahirkan kepimpinan tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya perlu dibina melalui ilmu, pengalaman, kematangan pemikiran serta kesediaan memikul amanah.

Menurut beliau, KFLA bukan sekadar program menghimpunkan anak muda, sebaliknya menjadi medan untuk membina pemikiran, karakter dan jiwa kepimpinan.

Pada sesi townhall tersebut beliau berkongsi mengenai dasar dan hala tuju kerajaan negeri serta berdialog dengan peserta.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook