Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tanpa peruntukan Adun pembangkang mampu khidmat cemerlang
utama

Tanpa peruntukan Adun pembangkang mampu khidmat cemerlang

KOTA BHARU: Biarpun pembangkang tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri pada penggal lepas, namun Adun PAS masih mampu berkhidmat kepada rakyat.

Adun Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain berkata, khidmat kepada rakyat masih dapat dijalankan tanpa sebarang peruntukan diberi kerajaan negeri.

Malah katanya berdasar kepada satu kajian, prestasi wakil rakyat pembangkang berada pada tahap tinggi biarpun tanpa mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.

"Tiga tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat pembangkang kami tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada kerajaan.

"Sebab itulah apabila Dewan Undangan Negeri Sembilan dibubar awal saya anggap sebagai lebih baik," katanya pada Majlis Jamuan Amal anjuran PAS Kelantan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centte hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad , Menteri Besar Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Setiausaha PAS Kelantan Dato' Wan Roslan Wan Hamat; Ketua Penerangan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Ketua Dewan Ulamak, Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Tetamu undangan pada majlis itu Adun Paroi, bekas pendaki Gunung Everest, Dato' Mugharabbin Mokhtarruddin dan bekas pemain bola sepak kebangsaan Azlan Johar.

Kamarol juga berkata, pendekatan pimpinan utama PAS termasuk dari Kelantan menyatuni pengundi dan mengunjungi hormat pemimpin Umno ketika kempen Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi antara faktor kemenangan besar diraihnya.

"Kunjungan Menteri Besar Kelantan ke atas veteran Umno kemudian disebar secara meluas melalui media sosial berjaya meningkat jumlah undi diraih saya pada PRN tersebut," katanya.

Menurutnya juga beliau dicalon bertanding mewakili PAS di Negeri Sembilan bermula pilihan raya umum 2013 kemudian 2018 dan hanya menang pada 2023.

Bagaimanapun kata beliau Allah Taala menganugerah pada PRN kali ini PAS berada dalam kerajaan negeri.

Mugharabbin pula berkata beliau diminta untuk melakukan solat Istiqorah oleh bekas Naib Ketua Pemuda Umno,  Shahir Adnan sebelum mengumumkan menyertai PAS setelah sepenggal berkhidmat sebagai Exco Pemuda Umno Malaysia.

Pada majlis beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk Tabung Pilihan Raya PAS Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook