Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Adun Chetok, bekas Exco terima anugerah Dato'
utama

Adun Chetok, bekas Exco terima anugerah Dato'

KOTA BHARU: Adun Chetok, Zuraidin Abdullah dan bekas anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang ke-57 hari ini.

Mereka antara 767 penerima darjah kebesaran bintang, pingat dan surat kepujian yang dikurniakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini. 

Penerima anugerah tertinggi dalam istiadat berkenaan berkenan iaitu ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador yang dikurnia Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan  dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) juga membawa gelaran Dato'. Beliau menerima kurniaan berkenaan bersama tiga penerima, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan (SPKK) yang membawa gelaran Dato' kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md. Othman.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Seri Ab. Rahim Ab. Rahman dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan (SPSK) turut membawa gelaran Dato'

Zuraidin bersama Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail dan Wan Ubaidah pula menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Dato', bersama 10 penerima lain.

Seramai enam pegawai tinggi tentera pula dikurniakan Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan (DPKK), manakala 16 individu terdiri daripada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan, institusi pengajian tinggi awam serta swasta dan sektor perubatan awam serta swasta menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan (DPSK).

Kesemua penerima DPKK dan DPSK berkenaan membawa gelaran Dato'.

Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mohd. Hairuddin Che Hamid pula menjadi penerima terakhir darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' apabila dikurniakan Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan (DPJK).

Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail pula menerima  ahli yang kedua (Dato' Paduka) bagi darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK).

Pengarah YIK, Shamsul Abu Bakar menerima ahli yang kehormat yang kedua (Dato Paduka) bagi darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK).

Dalam pada itu, seramai enam individu menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan (PMK), manakala 12 individu menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (JMK).

Antara penerima JMK ialah Adun Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor; Adun Guchil, Hilmi Abdullah; Adun Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad; Adun Chempaka, Nik Asma’ Bahrum Nik Abdullah dan Adun Melor, Wan Rohimi Wan Daud.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 280 penerima lain, selain bintang-bintang kepada 198 penerima dan pingat-pingat kepada 226 penerima.

Istiadat berkenaan turut menyaksikan pelantikan 12 orang Jaksa Pendamai.

Majlis kemudian diteruskan dengan Istiadat Menjunjung Duli serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia yang diketuai Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook