Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bangun negara perlu selari kehendak al-Quran
utama

Bangun negara perlu selari kehendak al-Quran

 

KOTA BHARU: Agama menuntut setiap warga bukan sahaja mencintai negara dengan kata-kata, sebaliknya mempertahankan kedaulatannya, memelihara keamanan dan memakmurkannya berpandukan petunjuk Allah SWT.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, apabila tanah air diancam, syariat mengangkat seruan jihad sebagai tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Kata beliau agama dan negara adalah saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali.

"Atas semangat hubbul watan inilah, sejarah tanah air kita terpahat dengan rantaian perjuangan para pejuang kemerdekaan yang bangkit mempertahankan bumi tercinta dengan segenap kudrat, keberanian dan pengorbanan.

“Mereka tidak pernah tunduk kepada penjajahan, bahkan terus berjuang sehingga laungan kemerdekaan bergema pada 31 Ogos 1957,” katanya pada sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Stadium Sultan Muhammad malam semalam.

Kata beliau semangat cinta kepada negara perlu diterjemahkan melalui tindakan.

“Inilah yang dimaksudkan dengan hubbul watan, cinta kepada tanah air yang berakar daripada fitrah dan ianya selari dengan kehendak Islam.

“Jangan sekali-kali kita mensia-siakan warisan perjuangan yang begitu mahal harganya. Setiap titis keringat, air mata dan darah yang dicurahkan para pejuang terdahulu wajib kita hayati,” ujarnya.  

Beliau juga berkata, kemerdekaan memberi kuasa untuk anak watan menentukan haluan negara, membina masa depan dan mengangkat martabat tanah air dengan acuan sendiri.

Menurutnya merdeka bermaksud bebas dari cengkaman penjajahan dan mampu berdiri sendiri menentukan haluan negara bukan lagi mengikut kehendak atau telunjuk kuasa asing.

Kata beliau kemerdekaan yang dicapai memberi peluang kepada rakyat untuk  membangunkan negara agar selari dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah.

“Negara Madinah yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW menjadi contoh abadi dan asas yang kukuh untuk membangunkan negara Malaysia yang kita kasihi ini.

Menteri Besar juga berkata, tema Sambutan Hari Kebangsaan 2026 “Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati: Penghayatan Membangun Bersama Islam”, mencerminkan hasrat membina sebuah negara yang maju, makmur dan sejahtera berteraskan nilai-nilai Islam.

Katanya, pembangunan yang ingin dicapai tidak boleh sama sekali menyisihkan kepentingan Islam dalam setiap matlamat dan wawasan.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook