Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ekonomi Kelantan berdaya tahan - Sultan
Ekonomi & Pembangunan

Ekonomi Kelantan berdaya tahan - Sultan

 

KOTA BHARU: Perkembangan ekonomi Kelantan menunjukkan daya tahan apabila berkembang 4.1 peratus pada 2025 berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, sektor perkhidmatan kekal menjadi tunjang ekonomi negeri dengan sumbangan 71.8 peratus, diikuti sektor pertanian sebanyak 19.8 peratus.

Titah baginda Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menjadi antara pemangkin utama transformasi ekonomi Kelantan dijangka memanfaatkan jaringan bagi memperluas pasaran, meningkatkan kecekapan logistik dan menarik pelaburan baharu.

Menurut baginda pengoperasian ECRL dijangka bermula Januari 2027 perlu dimanfaatkan sebaiknya menerusi kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Beta menggesa Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan agar memanfaatkan infrastruktur ini bagi meningkatkan kecekapan logistik, memperluas akses pasaran dan memperkukuhkan daya tarikan negeri sebagai destinasi pelaburan baharu berdaya saing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Menjunjung Duli sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-57 di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Sultan Muhammad V turut berharap Kerajaan Persekutuan menaik taraf jalan-jalan utama, khususnya menghubungkan pusat pembangunan transit di Bandar Baru Tunjong dan pusat pembangunan kargo di Cherang Tuli, Pasir Puteh.

Menurut baginda juga potensi besar melalui pengoperasian dua kawasan industri baharu di Machang dan Tok Bali dijangka bermula tahun hadapan, selain peningkatan sektor pembinaan menerusi projek berimpak tinggi.

Baginda turut bertitah Kelantan berpotensi menjadi peneraju ekonomi biru di Pantai Timur dengan memanfaatkan sumber pesisir, ekosistem maritim, perikanan dan logistik secara lestari.

Baginda berharap Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memainkan peranan bagi memastikan Taman Perindustrian Tok Bali menjadi antara teras pembangunan ekonomi berkenaan.

Sultan Muhammad V turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri meneroka ekonomi hijau termasuk tenaga boleh baharu sebagai sumber hasil baharu negeri tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar.

Baginda juga mahu Kelantan diperkukuhkan sebagai hab makanan negara dengan memberi tumpuan kepada pembangunan Rantau Panjang yang dilihat berpotensi menjadi pemangkin transformasi sektor agromakanan menerusi pertanian, penternakan, agropelancongan dan industri hiliran.

"Kelantan merekodkan 12 juta pelawat domestik dan 6.6 juta pelancong pada 2025. Beta mahu usaha menarik pelancong antarabangsa dipergiat menerusi promosi bersepadu, kerjasama strategik dan pembangunan produk berimpak tinggi termasuk pelancongan perubatan.

“Perkembangan laluan penerbangan antarabangsa yang menghubungkan Kelantan dengan Jakarta dan Singapura disambut baik, selain harapan supaya lebih banyak laluan baharu diwujudkan,” titah baginda.

Sultan Muhammad V turut mahu Stong Geopark dikekalkan sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.

Baginda turut menyatakan persetujuan terhadap pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Kelantan bagi mewujudkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih tersusun dan berkesan.

"Beta menyeru seluruh rakyat bersama-sama berdoa agar Kelantan terus dilimpahi kemakmuran dan kesejahteraan serta dipelihara daripada segala musibah dan bencana," titah baginda.

Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud ketika menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih menzahirkan kesyukuran kerana Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat dapat bernaung di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi ucapan sembah tahniah ke hadapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-57 pada hari yang mulia ini,” kata beliau.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook