Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Isu penyatuan ummah bergema di muktamar Dewan Ulamak
utama

Isu penyatuan ummah bergema di muktamar Dewan Ulamak

 

KOTA BHARU: Agenda penyatuan ummah bukan sahaja hangat di Muktamar Dewan Pemuda PAS, sebaliknya ia juga menjalar ke gelanggang muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.

Isu tersebut menjadi teras ucapan dasar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahya pada muktamar kali ke-65 yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini.

Ustaz Ahmad berkata, agenda terbabit mulai berputik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sehingga berjaya melemahkan sokongan rakyat terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, penyatuan ummah di Negeri Sembilan bersifat ‘taawun siyasi’ yang masih longgar dan tidak mengikat pihak terbabit.

“Oleh itu naratif penyatuan ummah tidak wajar terhenti selepas pilihan raya negeri, sebaliknya perlu diteruskan bagi memastikan umat Islam kembali bersatu padu dan dapat memperkukuhkan kuasa politik ummah di Malaysia,” katanya.

Muktamar terbabit dirasmikan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama Timbalan Mursydul Am, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob.

Bagaimanapun kata beliau usaha untuk mencapai penyatuan ummah berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan memandangkan masyarakat bukan-Islam sudah lama terperangkap dengan permainan politik perkauman DAP.

Menurutnya cabaran besar dihadapi bagi memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa mereka tidak pernah disisih dalam agenda penyatuan ummah.

Ustaz Ahmad juga berkata, langkah Kerajaan Kedah melaksanakan dasar sifar judi berdepan dengan kekangan perundangan.

Kata beliau Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Kerajaan Negeri berkaitan pengharaman lesen premis perniagaan perjudian yang berkuat kuasa 1 Januari 2023.

“Apa yang berlaku itu sebahagian daripada mehnah dan tribulasi perjuangan menegakkan amar makruf nahi mungkar yang tidak seharusnya menyebabkan kita berundur,” katanya.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook