Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerajaan negeri perkukuh pembangunan KIAS
utama

Kerajaan negeri perkukuh pembangunan KIAS

KOTA BHARU: Pada tahun 1965 kerajaan PAS mewujudkan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) di Nilam Puri sebagai pengajian tinggi agama yang setaraf dengan Kolej Islam Klang.

YPTIK ditubuhkan secara rasmi pada 18 September 1965 di Istana Nilam Puri bagi membolehkan pelajar lulusan bidang agama melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pusat pengajian tersebut menjadi tumpuan pelajar dari seluruh nusantara kerana menggunakan kurikulum Universiti Al-Azhar, Mesir.

Malangnya kegemilangan YPTIK lenyap setelah diserap di bawah Universiti Malaya sebagai Akademi Islam pada 1 April 1981 selepas PAS kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1978.

Bagaimanapun setelah PAS kembali menerajui Kelantan pada 1990, usaha mewujudkan institusi pengajian tinggi (IPT) agama dirintis semula bermula dengan Maahad Dakwah Wal Imamah pada tahun 1994.

Usaha terbabit dirintis Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan pada tahun 1999 Maahad Dakwah distruktur semula dan dinaik taraf kepada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dan pada 23 Mac 2021, KIAS secara rasmi dinaik taraf kepada Kolej Universiti setelah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sabtu lepas KIAS mencatat sejarah lagi apabila seramai 280 graduan menerima ijazah dan diploma sempena Istiadat Konvokesyen KIAS kali ke-26 yang diadakan di Dewan Johor, KIAS di Nilam Puri.

Istiadat konvokesyen tersebut disempurnakan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Berucap pada majlis itu katanya, kerajaan negeri menggubal Dasar Pendidikan Rabbani sebagai pendekatan pendidikan yang seimbang antara kecemerlangan intelektual dengan kekuatan spiritual.

Oleh itu beliau berharap graduan KIAS memastikan ilmu yang diperolehi seiring dengan akhlak dan nilai kemanusiaan.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada graduan atas kesungguhan menuntut ilmu sehingga berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

“Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak sepanjang tempoh pengajian di KIAS,” katanya.

Beliau turut merakam penghargaan kepada pengurusan KIAS yang menambah baik kemudahan di kampus, di samping memastikan kebajikan mahasiswa serta warga kerja sentiasa diberi perhatian.

Kata beliau kerajaan negeri memberi sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan KIAS kerana pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang amat bernilai.

Sementara itu sempena konvensyen tersebut mantan Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Islam.

Penganugerahan itu sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangannya dalam bidang pendidikan Islam serta pembangunan ummah.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook