Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kerjasama politik utama kepimpinan Melayu-Islam
utama

Kerjasama politik utama kepimpinan Melayu-Islam

MARANG: Pendekatan PAS dalam rundingan kerjasama politik dengan parti lain mengutamakan kepemimpinan Melayu-Islam dan golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, konsep kerjasama tersebut  hampir sama dengan apa yang diperjuangkan Umno sekarang.

Oleh itu katanya PAS menyambut baik kecenderungan Umno untuk mengadakan rundingan secara terus dengan kepimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Terima kasihlah. Memang pendekatan kita, utamakan kepemimpinan Melayu-Islam, dan bukan Islam yang tidak ekstrem,"  katanya selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Umno, Dato'  Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata kecenderungan parti berkenaan berunding dengan PAS semakin jelas berdasarkan pandangan yang disuarakan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun Umno sebelum ini mengadakan perundingan dengan PAS dan PN dalam menghadapi pilihan raya, namun pandangan yang dibawa perwakilan lebih menjurus kepada rundingan bersama kepimpinan PAS.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook