Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Majlis Taman di Dataran Warisan esok
utama

Majlis Taman di Dataran Warisan esok

 

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berpeluang menyaksikan kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V apabila Majlis Taman (Majlis Raja Bersama Rakyat) akan diadakan secara terbuka di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV pada Rabu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, majlis berkenaan dijadualkan bermula jam 4.30 petang dan Sultan Muhammad V dijangka berangkat menghadiri program berkenaan.

Menurutnya, Majlis Taman menjadi antara pengisian utama sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-57, selain memberi ruang kepada rakyat untuk menyaksikan istiadat serta pelbagai persembahan menarik.

"Majlis Taman biasanya menjadi lokasi untuk rakyat bersama dengan Raja. Ada persembahan seperti tarian kanak-kanak selain penyampaian hadiah bagi aktiviti yang dipertandingkan," katanya pada sidang media, di Istana Balai Besar, di sini semalam.

Beliau berkata, pemilihan Stadium Sultan Muhammad IV sebagai lokasi Majlis Taman membolehkan lebih ramai rakyat hadir menyaksikan acara berkenaan berbanding lokasi sebelum ini.

Katanya, Majlis Taman terbuka kepada orang ramai dan rakyat dialu-alukan hadir memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

"Sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-57 turut menyaksikan beberapa perubahan pengisian berbanding tahun lalu apabila program Semarak Daulat menjadi antara acara utama tahun ini, menggantikan acara kereta berhias yang pernah diadakan sebelum ini," katanya.

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V tahun ini mengangkat tema 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'.

Dalam pada itu, suasana Bandar Kota Bharu mula bermandikan cahaya sejak tiga malam lalu apabila lampu hiasan pelbagai warna dipasang di beberapa kawasan utama.

Antaranya sekitar Istana Balai Besar, Istana Kota Lama, Kompleks Kota Darulnaim serta kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan lain-lain kawasan tumpuan utama.

Sempena Harii Keputeraan Sultan Kelantan rakyat negeri ini menikmati cuti dua hari, iaitu 29 dan 30 September.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook