Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penduduk sewa tanah milik KTMB, bukan ceroboh
utama

Penduduk sewa tanah milik KTMB, bukan ceroboh

 

KUALA KRAI: Penduduk yang tinggal di tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) KTM Berhad tidak boleh dianggap sebagai penceroboh memandangkan mereka dibenarkan menyewa dan sebagai pemegang lesen.

Penduduk terbabit mempunyai hak benefisial ke atas tanah tersebut kerana wujudnya surat tawaran dan perjanjian bertulis serta  membayar sewa bulanan kepada RAC.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Hilmi Abdullah berkata, penduduk terbabit mempunyai surat tawaran dan perjanjian bertulis membolehkan mereka tinggal di tanah milik RAC.

“Pihak RAC sepatutnya mengeluarkan notis penamatan yang sah terlebih dahulu sebelum dikeluarkan notis pengosongan yang akan berkuatkuasa pada 14 September ini.

“Terdapat kecacatan dalam proses pengeluaran notis tersebut,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Baru-baru ini viral notis pemberitahuan RAC Kementerian Pengangkutan Malaysia mengarahkan penduduk yang tinggal di tanah milik agensi itu mengosongkan dalam tempoh 30 hari berkuatkuasa 14 September 2026.

Menurut notis itu lagi sekiranya penduduk terbabit gagal mematuhi arahan, mereka dianggap sebagai penceroboh dan tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Arahan pengosongan dibuat ekoran RAC dikatakan akan melaksanakan kerja-kerja penstabilan dan reprofile cerun-cerun di landasan kereta api di Kelantan.

Stesen Keretapi Kuala Krai dibina pada tahun 1931 oleh kolonial British dan pernah menjadi ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Pantai Timur.

Stesen ini menjadi pusat pentadbiran, logistik dan perhubungan utama sebelum pembinaan jalan raya menghubungkan bahagian utara dan selatan Kelantan.

Hilmi yang juga Adun Guchil berkata, sebahagian besar penduduk menduduki tanah tersebut lebih 30 tahun dan ada juga tinggal hampir 50 tahun.

Kata beliau tempoh 30 hari dianggap tidak munasabah kerana tidak wujud unsur kesegeraan dalam pelaksanaan projek terbabit memandangkan ia bukan bersifat kepentingan awam.

“Oleh itu tempoh yang munasabah perlu diberi supaya berpadanan dengan lamanya tempoh kependudukan pihak-pihak yang terlibat.

“Perpindahan tempat tinggal secara tiba-tiba pasti akan menjejaskan penduduk terutamanya akan-anak yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Ia juga akan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat setempat,” ujarnya.

Menurutnya juga mustahil bagi penduduk terlibat mencari rumah sewa dalam tempoh notis 30 hari di kawasan bandar.

Beliau juga berkata, masalah tersebut akan diketengah kepada Pengerusi Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada 15 September ini.

“Saya juga merancang untuk menjemput RAC memberi penerangan kepada penduduk terlibat dan berbincang secara harmoni. Saya akan mengemuka surat rayuan supaya tarikh kuatkuasa dapat dilanjutkan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi KRT Guchil Luar Yushalani Yusoff berkata, penduduk terbabit bukan menceroboh tanah milik KTMB kerana menyewa sejak sekian lama.

Menurutnya ada dalam kalangan penduduk tinggal di kawasan terlibat hampir 50 tahun.

“Saya merakam ucapan terima kasih kepada Adun Guchil kerana memberi maklum balas segera terhadap isu yang melibatkan penduduk di kawasan Guchil Luar.

“Semoga pihak Perbadanan Aset Keretapi KTM Berhad memberi ruang yang sewajar dan seadilnya kepada penyewa dan yang terlibat untuk mencari penempatan baru,” katanya.

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook