Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penduduk terharu terima kunci Rumah Dhuafat
utama

Penduduk terharu terima kunci Rumah Dhuafat

KUALA KRAI: Kedhaifan keluarga penduduk miskin yang tinggal di sebuah rumah yang agak usang di Kampung Sungai Pas mendapat perhatian wakil rakyat.

Adun Mengkebang, Zubir Abu Bakar berkata, setahun lalu beliau menziarahi keluarga Wan Ibrahim Wan Mohd Nor, 54, yang menghadapi masalah penglihatan akibat penyakit saraf kronik.

Katanya, Wan Ibrahim hilang penglihatan dan tugas harian dibantu isteri dan anak-anaknya.

“Ada anaknya yang masih kecil dan bersekolah, ketika itu mereka tinggal di rumah yang begitu usang dan serba kekurangan. Tiada bekalan elektrik dan air bersih.

“Pada awal tahun ini saya membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk membina Rumah Dhuafat kepada keluarga terbabit dan alhamdulillah dilulus dua bulan kemudiannya,” kata beliau pada catatan di laman sosialnya.

Ahad lepas beliau menyerah kunci rumah terbabit kepada keluarga tersebut.

Wan Ibrahim agak terharu ketika menerima replika kunci rumah tersebut kerana tidak manjangka dapat tinggal di rumah yang jauh lebih selesa berbanding sebelum ini.

Skim bantuan Rumah Dhuafat dilaksanakan kerajaan Kelantan bermula tahun 2009 bagi membantu penduduk miskin memiliki rumah lebih selesa. Rumah Dhuafat dilengkapi tiga bilik tidur, ruang dapur dan tetamu.

Sejak 2009 sehingga Ogos 2022 sebanyak 1,280 unit Rumah Dhufaat dibina kerajaan negeri di seluruh Kelantan melibatkan kos lebih RM51.7 juta.

Selain itu, dalam tempoh sama 7,179 rumah penduduk miskin dibaik pulih melibatkan peruntukan lebih RM63.7 juta.  

Zubir berkata, kegembiraan dan rasa syukur jelas terbayang di raup wajah Wan Ibrahim dan isterinya kerana dapat tinggal di rumah yang selesa.

“Semoga Rumah Dhuafat tersebut menjadi baiti jannati yang aman dan penuh keberkatan, serta membuka lembaran kehidupan yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, Dun Mengkebang membina empat unit Rumah Dhuafat tahun ini yang melibatkan kos RM65,000 seunit.

Katanya, program tersebut sudah lama dilaksanakan kerajaan Kelantan bagi membantu penduduk miskin memiliki rumah yang lebih sempurna.

“Semenjak saya berkhidmat Adun Mengkebang lagi Kerajaan Kelantan membina Rumah Dhuafat bertujuan membantu penduduk kurang berkemampuan memiliki kediaman lebih selesa,” katanya.

Sebelum itu beliau menyerah replika kunci Rumah Dhuafat kepada Ahmad Khusairi Ahmad Pakrudin di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang.

Turut hadir pada terbabit Adun Mengkebang; Setiausaha Dun Mengkebang Kamaruddin Salleh dan Penghulu Mukim Mengkebang Abdullah Mustafa.

Sehubungan itu Abdul Latiff merakam ucapan tahniah Adun dan petugas Pusat Khidmat Dun Mengkebang kerana melaksanakan pelbagai inisiatif membantu rakyat yang memerlukan.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook