Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Tahanan di rumah beri ruang Najib kongsi idea bangun negara
utama

Tahanan di rumah beri ruang Najib kongsi idea bangun negara

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Razak boleh memberi sumbangan idea, pandangan dan pengalaman demi untuk kebaikan negara semasa menjalani tahanan di rumah.

Setiausaha Agung PAS Dato' Seri Takiyuddin Hassan berkata, tahanan di rumah amat bermakna kepada keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia yang menghargai jasa serta khidmat baktinya sebagai pemimpin yang membawa pembangunan negara dan kemakmuran rakyat.

"PAS melafaz setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di atas ampuni perkenan pengampunan bersyarat kepada Dato’ Sri Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 dan tertakluk pembayaran denda sejumlah RM50 juta," katanya pada kenyataan.

Media hari ini melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diumum Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri pada kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Najib hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat itu terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook