Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Agensi kerajaan diperalat penuhi kepentingan politik
Politik & Pentadbiran

Agensi kerajaan diperalat penuhi kepentingan politik

 

Oleh: Damia Hana

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan pelaksanaan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) membuktikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengharamkan PN memberi kesan besar terhadap demokrasi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, semua pihak perlu menghormati kebebasan kehakiman dan memastikan proses undang-undang berjalan tanpa campur tangan politik.

Menurut beliau, sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menyekat atau melemahkan gabungan politik yang mendapat sokongan rakyat boleh menimbulkan persepsi agensi kerajaan digunakan bagi memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.

“Demokrasi yang matang tidak dibina dengan menyingkirkan lawan politik melalui saluran pentadbiran, tetapi dengan memberi ruang kepada rakyat membuat penilaian melalui pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya pada kenyataan.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  membenarkan permohonan Perikatan Nasional untuk menggantung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  membatalkan pendaftaran parti berkenaan, sementara menunggu semakan kehakiman.

Hakim Dato' Azizan Md Arshad turut membenarkan permohonan PN, untuk menangguhkan pelaksanaan notis RoS yang menggantung semua kegiatan gabungan politik itu.

Nuridah juga berkata, kuasa menentukan masa depan negara terletak kepada rakyat dan bukannya mana-mana agensi atau pihak yang berkepentingan.

Menurutnya perintah penangguhan itu menegaskan kepentingan memberi ruang kepada proses semakan kehakiman sebelum tindakan pentadbiran yang mempunyai implikasi besar terhadap landskap politik negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak menjadikan agensi kerajaan sebagai medan percaturan politik, sebaliknya memastikan pentadbiran negara berteraskan integriti, ketelusan dan bebas daripada campur tangan politik.

"PN akan terus mempertahankan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan melalui saluran undang-undang," kata beliau.

Beliau turut menyeru ahli dan penyokong PN supaya bertenang, bersatu serta istiqamah dalam memperjuangkan sebuah Malaysia yang lebih adil, bersih dan berintegriti.

“Demokrasi tidak boleh dibungkam. Keadilan tidak boleh dipilih-pilih. Mandat rakyat mesti dihormati,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook