Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ahli parlimen Machang dirawat di HKL
Kesihatan

Ahli parlimen Machang dirawat di HKL

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak sedarkan diri ketika berada di kediamannya pagi kelmarin sehingga terpaksa dikejarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu menyiapkan latihan kerja sekolah anaknya sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

“Pada awal pagi kelmarin ketika saya sedang siapkan latihan kerja sekolah anak, tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sampai jam 6 petang.

“Saya kini berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kecemasan. Insya-Allah, saya akan melalui ujian CT Scan,” katanya pada hantaran di media sosial, semalam. 

Sementara itu Setiausaha Peribadinya, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin berkata, Ahli Parlimen itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Kataya, doktor menasihati Wan Ahmad Fayhsal supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya.

Sehubungan itu beliau memohon orang ramai mendoakan agar Wan Ahmad Fayhsal diberi kesembuhan dan kembali sihat.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook