Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dasar Pendidikan Rabbani tangani gejala sosial
Pendidikan

Dasar Pendidikan Rabbani tangani gejala sosial

 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menggunakan pendekatan bersepadu bagi menangani masalah gejala sosial dalam kalangan remaja di negeri itu.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pendekatan itu melibatkan semua semua agensi termasuk institusi pendidikan dan komuniti.

Selain itu turut dilibatkan komuniti masjid melalui pelaksanaan program Membina Generasi Soleh yang dikendalikan Bahagian Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

“Kita tahu bahawa Islam merupakan agama yang membawa kasih sayang. Namun begitu, masalah sosial tetap wujud dalam kalangan masyarakat.

“Jika anak-anak muda dan golongan belia dididik serta disemai dengan nilai-nilai yang baik sejak awal, kita berharap mereka tidak akan terjerumus dalam masalah sosial apabila dewasa,” katanya menjawab soalan tambahan Ustaz Harun Ismail (PAS-Tawang) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

test 2

Wan Roslan juga berkata, melalui institusi pendidikan kerajaan negeri membina generasi berasaskan nilai-nilai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu kasih sayang kepada Nabi, kasih sayang kepada ahli keluarga dan kasih sayang kepada masyarakat.

Menurutnya nilai-nilai tersebut menjadi asas kepada kerajaan negeri bagi menangani masalah gejala sosial.

Selain itu, kerajaan juga memperkukuh usaha tersebut melalui Dasar Pendidikan Rabbani yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan.

“Mudah-mudahan, para pelajar yang kita bentuk melalui pendekatan ini dapat membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.

“Walau bagaimanapun, masalah sosial tetap boleh berlaku kerana semuanya bergantung pada kefahaman dan penghayatan setiap individu,” ujarnya.

Beliau juga berkata, di era sekarang kerajaan negeri menggunakan pendekatan Penghayatan Membangun Bersama Islam turut diberi perhatian.

“Insya-Allah, dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan rakyat, kita dapat bersama-sama menangani gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat,” tambahnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads