Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan perkukuh sistem keadilan syariah
Agama & Dakwah

Kelantan perkukuh sistem keadilan syariah

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri telah menubuh dan mewartakan empat Mahkamah Tinggi Syariah iaitu di Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Bachok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, fasaliti fizikal keempat-empat mahkamah tersebut siap sepenuhnya.

Katanya, sekarang proses pengisian perjawatan di mana ada yang telah diisi dan akan diisi, dikendalikan melalui Suruhjaya Perkhidmatan Negeri. 

“Langkah itu diambil bagi memperkukuh sistem keadilan syariah secara lebih menyeluruh, berperingkat dan selaras dengan keperluan semasa.

“Sebagai contoh, dalam kes khalwat, seseorang yang ditangkap mungkin mendakwa telah berkahwin di Thailand, tetapi dokumen perkahwinannya masih belum dapat diselesaikan. 

“Keadaan seperti inilah yang kadangkala menyebabkan kelewatan dalam pengendalian kes di peringkat ketiga-tiga jabatan berkenaan. Bagaimanapun kes-kes lain, insya-Allah, dapat diselesaikan dengan sempurna,” katanya pada sidang Dun Kelantan hari ini.

Oleh itu kata beliau, penyelarasan antara agensi sentiasa dilaksanakan yang melibatkan Jabatan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah atau Mahkamah Syariah dan penguat kuasa di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Menurutnya agensi terbabit sentiasa bermuzakarah berhubung kes-kes yang melibatkan jenayah syariah di Kelantan.

Mohd Asri turut merakam ucapan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kerana berjaya meraih johan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IICT) menerusi Sistem Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kelantan (E-GAT).

“Kejayaan tersebut merupakan hasil usaha, komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh pasukan dalam memperkasakan pendigitalan serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang syariah di Kelantan,” katanya. 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads