Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan terima pelaburan RM1.4729 bilion 2025
Ekonomi & Pembangunan

Kelantan terima pelaburan RM1.4729 bilion 2025

 

KOTA BHARU: Berdasar rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kelantan merekodkan 87 projek pelaburan diluluskan bernilai RM1.4729 bilion pada tahun 2025.

Pelaburan tersebut didominasi Pelaburan Langsung Domestik (DDI) sebanyak RM1.4725 bilion (99.97 peratus), manakala Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM380 juta (0.03 peratus). 

Sektor perkhidmatan mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM823.4 juta atau 55.9 peratus, diikuti sektor pembuatan sebanyak RM611.6 juta (41.5 peratus) dan sektor utama sebanyak RM37.9 juta (2.6 peratus).

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, asas ekonomi Kelantan kekal stabil dengan kadar inflasi terendah 0.3 peratus berbanding tahun 2024, sebanyak 1.0 peratus.

Selain itu penurunan kadar pengangguran kepada 3.5 peratus serta kehadiran 12.06 juta pelawat domestik.

“Berlandaskan kedudukan ekonomi yang berdaya tahan ini, Kerajaan Negeri yakin bahawa ekonomi Kelantan mampu mengekalkan aliran yang progresif menjelang tahun 2026,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tema belanjawan tersebut ‘Kelantan Prihatin Penghayatan Membangun Bersama Islam’.

Menteri Besar juga berkata, kestabilan dan kerancakan ekonomi akan diperkukuh secara langsung melalui penyempurnaan dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur strategik berimpak tinggi hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Antaranya: perancangan Projek Empangan Lebir; Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2; pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan Loji Rawatan Air (LRA) Machang kini berada di peringkat reka bentuk.

Kemudian disokong pelaksanaan giat kerja-kerja penggantian paip air usang; pelaksanaan projek pembaikan bekalan air dan Program Air Tidak Berhasil (NRW).

Selain itu, pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu pada Disember ini, penyambungan jajaran landasannya ke Rantau Panjang,

Pembinaan Stesen Bas Bersepadu di Stesen ECRL Kota Bharu bagi melengkapkan jaringan terminal pengangkutan negeri dan pembinaan Jambatan Palekbang-Kota Bharu.

Pembangunan jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama; pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan Projek Hidroelektrik Nenggiri.

“Kerajaan Negeri berharap lebih banyak projek pembangunan baharu khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan serta peruntukan bagi infrastruktur keterhubungan wilayah dapat dipertimbangkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13),” ujarnya.

Menteri Besar juga berkata, keutamaan turut diberi kepada usaha mempercepat penyambungan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Terengganu ke Kelantan bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pada masa yang sama kata beliau projek-projek yang sedang dalam pembinaan diharap dapat disiapkan mengikut jadual demi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Kelantan secara menyeluruh.


 

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads