Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KTD galak graduan cipta pekerjaan
Pendidikan

KTD galak graduan cipta pekerjaan

 
KOTA BHARU: Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mengambil pendekatan collaborative excellence dengan membina jaringan serta strategi bersama universiti, industri, badan profesional dan komuniti.

Usaha itu dilakukan bagi memastikan ilmu yang digabungkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

Pengarah EQ Resources Sdn Bhd, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman berkata, KTD bukan sekadar mahu menghasilkan graduan yang memperolehi pekerjaan, sebaliknya mampu mencipta pekerjaan melalui keusahawanan.

Katanya juga dalam era kecerdasan buatan, manusia masih mempunyai kelebihan yang tidak mampu digantikan oleh mesin, iaitu hati yang dipandu oleh iman, akal dipandu hikmah.

“Kecanggihan teknologi perlu bergerak seiring dengan usaha melahirkan graduan yang memiliki nilai kemanusiaan, keimanan dan akhlak,” katanya pada Majlis Konvokesyen KTD di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji semalam.

Perasmian konvokesyen itu disempurnakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato' Wan Roslan Wan Hamat.

Hadir sama Ketua Eksekutif KTD, Dr Nik Kamaruzaman Abdull Latiff serta Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan KTD.

KTD menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Reka Bentuk Multimedia, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Syariah serta Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

Program diploma tersebut diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan diakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dr Abdullah turut berpesan kepada graduan supaya membawa nama baik institusi, mengamalkan ilmu yang diperoleh serta menjadi insan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Sementara itu Wan Roslan berkata, perkembangan teknologi semakin pesat menuntut graduan mempunyai prinsip dan nilai yang kukuh agar ilmu serta kepakaran dimiliki digunakan secara bertanggungjawab.

“Dunia tidak hanya memerlukan orang yang berilmu semata-mata tetapi dunia memerlukan orang berilmu yang boleh dipercayai. Dunia tidak hanya memerlukan orang pintar tetapi orang pintar yang mempunyai hati dan prinsip,” katanya.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook