Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Mangsa gempa bumi masih berlindung di bawah khemah
Masyarakat & Kebajikan

Mangsa gempa bumi masih berlindung di bawah khemah

Oleh Aslani M |

KOTA BHARU: Biarpun tragedi gempa bumi di Kholm, berhampiran bandar Mazar-i-Sharif di utara Afghanistan berlaku lebih setahun lalu, namun masih ramai lagi penduduk tinggal di kem perlindungan.

Gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda dilaporkan mengorbankan lebih 2,200 penduduk. Gempa itu berpusat pada kedalaman 28 kilometer.

Simpati terhadap nasib penduduk di Afghanistan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan tampil menghulur bantuan kepada mangsa gempa bumi terbabit.

Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Kelantan, Nazman Che Ibrahim berkata, mereka mengagih 200 selimut tebal kepada penduduk untuk persiapan menghadapi musim dingin tidak lama lagi. 

Katanya, NGO dari Kelantan pergi ke kem gempa bumi yang menempatkan 400 keluarga.

“Di situ kita tolong 80 keluarga dengan mengagih pek-pek makanan. Pengagihan bantuan itu diadakan di Pergunungan Kunal. Kita pergi ke sana pada hari ketiga misi kemanusiaan di Afghanistan.

“Jarak perjalanan mengambil masa lapan jam dari Kota Kabul. Mangsa gempa masih berada di Kem Perlindungan Shawki, Kunar,” katanya di sini.

Gempa bumi yang berlaku pada Ogos 2025 mengorbankan lebih 2,200 penduduk dan mencederakan hampir 4,000 orang di wilayah timur Afghanistan bersempadan dengan Pakistan.

Susulan itu berlaku lagi gempa pada 4 November 2025 yang mengorbankan 27 penduduk dan hampir 1,000 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala richter melanda utara Afghanistan.

Kebanyakan mangsa merupakan penduduk Balkh dan Samangan, wilayah yang paling teruk terjejas akibat gegaran tersebut.

Nazman juga berkata, terdapat sekitar 178 keluarga yang masih tinggal dalam khemah, biarpun selepas 15 bulan kejadian gempa berlaku.

Katanya, penduduk belum dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan terpaksa berlindung di bawah khemah sebagai tempat tinggal.

“Selain itu, terdapat ratusan rumah di lereng-lereng bukit sekitar kem yang mengalami kerosakan teruk atau runtuh akibat gempa.

“Sebahagian penduduk membina khemah di tepi rumah masing-masing untuk dijadikan tempat berlindung,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban mangsa gempa bumi di Afghanistan.

Sumbangan boleh disalur melalui RHB Bank - 2530 1600 0084 98 atas nama Yayasan Amal Kelantan. Pertanyaan boleh hubungi wasap.my/+6011 3179 7067.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook