Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru lanjut pengajian ke Jordan
Pendidikan

Pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru lanjut pengajian ke Jordan

 

PASIR PUTEH: Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru melakar sejarah apabila pelajar generasi pertama berjaya melanjut  pengajian ke Applied Science Private University Amman (ASU), Jordan.

Nik Muhammad Fadheel Nik Mahadi akan mengikuti pengajian dalam bidang Usul Fiqh di ASU. Beliau merupakan pelajar cemerlang SPM 2025.

Beliau juga berjaya menyempurnakan hafazan al-Quran dalam tempoh dua tahun 10 bulan. Nik Fadheel merupakan salah seorang daripada tiga pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru yang memperoleh straight A SPM 2025 (9A).

SMITI Tahfiz Tok Guru pada kenyataan berkata, SMITI berusaha melahirkan generasi yang dekat dengan al-Quran, kukuh ilmu agama dan cemerlang akademik.

Katanya, di SMITI Tahfiz Tok Guru, pihaknya menggabungkan al-Quran sebagai asas bersama ilmu agama dan akademik yang seimbang.

“Tarbiah sebagai asas pembentukan syaksiah. Inilah hasrat kami di SMITI Tahfiz Tok Guru melahirkan generasi bermanhaj Qurani yang Rabbani,” katanya pada kenyataan di laman sosial.

Menurutnya juga pendaftaran murid baharu bagi tingkatan 1, 2, 3 kemasukan sesi 2027 dibuka sekarang.

Syarat kelayakan berumur 13, 14, 15 tahun pada Januari 2027 terbuka kepada lelaki dan perempuan, baik bacaan al-Quran, menguasai jawi dan lulus temuduga.

Sementara anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Wan Roslan Wan Hamat turut menghantar pelajar yang akan bertolak ke Jordan untuk melanjutkan pengajian di Applied Science Private University di Amman, Jordan hari ini.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih menyertai program pengajian di Jordan 2026,” katanya.

Salah seorang kumpulan pelajar terbabit merupakan anak bongsu Wan Roslan.

Ketika menitip pesan kepada anaknya, kata beliau di sebalik kejayaan seorang anak, ada doa, keringat dan pengorbanan yang tidak ternilai oleh ibu bapa.

Oleh itu katanya, gunakan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan jangan sia-siakan masa muda dengan perkara yang tidak membawa manfaat.

“Jadilah penuntut ilmu yang berdisiplin dan berjiwa besar. Kehidupan di perantauan pasti ada cabarannya. Belajarlah berdikari, mengurus masa, menghormati guru serta memilih sahabat yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.

"Ingatlah, kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi sejauh mana ilmu yang diperoleh mampu membentuk diri menjadi insan yang lebih bertakwa, beradab dan bermanfaat kepada orang lain,” ujarnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook