Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Peluang wakaf al Quran di Afrika
Agama & Dakwah

Peluang wakaf al Quran di Afrika

KOTA BHARU: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan menganjur program Wakaf Al Quran bagi membolehkan penduduk di Afrika dan Myanmar mempelajari al Quran.

Ahli Jawatankuasanya, Ts Br PMR Nazri Deraman berkata, setiap naskhah yang diwakafkan menjadi asbab tersebarnya ilmu agama di negara terbabit.

"Bayangkan ada saudara seagama kita yang ingin membaca al-Quran, tetapi tidak mempunyai naskhah untuk dipelajari.

"Situasi itu kami kesan hasil misi kemanusiaan di pelbagai negara umat Islam, kami menemui masyarakat yang serba kekurangan, termasuk mereka yang terpaksa menulis ayat-ayat al-Quran pada bahan tertentu untuk dipelajari dan dihafal," katanya di sini.

Kata beliau hanya RM30 membolehkan rakyat Malaysia mewakafkan senaskhah al-Quran kepada penduduk Islam di Afrika dan Myanmar.

Wakaf boleh disalur melalui Bank Muamalat akaun nombor - 0302 0001 4357 16 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, rujukan: Wakaf Al-Quran.

🌐 Wakaf dalam talian: https://toyyibpay.com/sumbangan-wakaf-quran. Maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-981 1605.

Sementara itu dalam perkembangan di Gaza, penduduk menerima bekalan air dan makanan yang disumbang NGO dari Malaysia termasuk Pertubuhan R Kelantan

Nazri berkata, ada keluarga yang dapat meneruskan kehiduapan seharian mereka selepas menerima sedikit bekalan makanan yang sampai.

Bagaimanapun keadaan masih membimbangkan kerana NGO kekurangan dana untuk meneruskan bantuan makanan dan air. 

Katanya esok lusa mereka masih perlukan makanan dan minuman bagi meneruskan kehidupan.

Sumbangan boleh disalur melalui Bank Islam nombor akaun: 03120010000318 atas nama Pertubuhan R Kelantan.

Laporan dan perkembangan agihan melalui Channel Suara Gaza: https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M






MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook