Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penyatuan Melayu perlu berasas prinsip Islam
Agama & Dakwah

Penyatuan Melayu perlu berasas prinsip Islam

 

Oleh Hana Damia |

KOTA BHARU: Penyatuan Melayu perlu diperkukuh berasaskan prinsip Islam dan keadilan, bukannya semata-mata kepentingan kelompok sehingga menyebabkan kebenaran diketepikan.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Dr Ahmad Marzuk Shaary berkata, umat Islam perlu berhati-hati terhadap provokasi yang sengaja dimainkan pihak yang sengaja untuk mencetuskan perselisihan.

Katanya, provokasi tersebut terutamanya membincangkan soal kerjasama politik dan perpaduan ummah

"Penyatuan Melayu yang kukuh berpotensi memberi kekuatan besar kepada blok Melayu Islam, sekali gus memastikan kepentingan Islam terus dipelihara.

"Bagaimanapun usaha menyatukan umat tidak boleh menyebabkan seseorang menyokong sesuatu pihak secara membuta tuli tanpa menilai sama ada tindakan itu menepati prinsip agama," katanya pada Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Warisan di sini hari ini.

Kuliah Pagi Jumaat dipindah dari Medan Ilmu di Jalan Dato Pati ke Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sempena Himpunan Penyatuan Ummah yang bermula semalam sehingga esok.

Dr Marzuk berkata, Islam menggalakkan perdamaian dan mengajar umatnya supaya berusaha menyelesaikan perselisihan selagi masih terdapat ruang untuk berbuat demikian.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya meninggalkan seruan asabiyah yang mengajak seseorang menyebelahi kelompok sendiri tanpa mempertimbangkan antara perkara yang benar dengan salah.

Kata beliau juga ada pihak yang tidak suka kepada penyatuan ummah kerana bagi mereka ia boleh menjejas peluang untuk mencari rezeki apabila umat Islam bersatu.

Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 9, yang memerintahkan umat Islam supaya mendamaikan dua kelompok orang beriman yang berselisih atau berperang.

"Ayat tersebut turut menegaskan bahawa sekiranya satu kelompok melampaui batas terhadap kelompok yang lain, tindakan perlu diambil terhadap kelompok yang melampaui batas itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah SWT.

"Prinsip tersebut menunjukkan perdamaian dalam Islam bukan sekadar usaha menghentikan pertelingkahan, sebaliknya mesti ditegakkan atas dasar keadilan dan kebenaran," ujarnya.

Beliau juga berkata, umat Islam perlu mengambil pengajaran daripada pendekatan Rasulullah SAW yang berusaha mendamaikan pihak yang bertelagah, sekali gus menjadikan usaha menyelesaikan perselisihan sebagai satu amanah.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook