Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Persekutuan elak campur tangan urusan negeri
Politik & Pentadbiran

Persekutuan elak campur tangan urusan negeri

 
KUALA LUMPUR: Negara yang baik bukan dibina melalui janji semata-mata, sebaliknya perlu memikul amanah bagi menegak keadilan untuk kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu sangat penting diberi perhatian ketika membentang belanjawan yang mempunyai angka besar, namun mengalami defisit.

Katanya setiap keputusan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab, berpandukan prinsip keadilan dan menghormati perlembagaan.

“Belanjawan negara bukan sekadar soal angka, hasil, perbelanjaan dan hutang, tetapi amanah besar yang akan menentukan kesejahteraan rakyat.

“Setiap dasar kewangan perlu dinilai berdasar manfaatnya kepada rakyat, bukan sekadar kepentingan kerajaan, korporat atau golongan tertentu,” katanya ketika membahas Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.  

Menurutnya juga Islam menuntut pengurusan kewangan negara dilaksanakan dengan amanah, adil dan berpandukan sumber yang baik.

Bagaimanapun beban hutang, amalan riba, kenaikan harga barang serta ketirisan akibat peranan orang tengah perlu ditangani dengan serius.

Kata beliau kemakmuran sebenar tidak hanya bergantung pada angka belanjawan, sebaliknya keberkatan, keadilan dalam pengagihan dan kebajikan rakyat yang terbela.

“Pembangunan negara juga tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan insan,” ujarnya yang juga Presiden PAS.  

Beliau juga berkata, sistem pendidikan perlu membentuk manusia secara menyeluruh, merangkumi ilmu, akhlak, rohani dan tanggungjawab sosial.

Tanpa asas itu, dasar dan undang-undang semata-mata tidak mencukupi untuk membina masyarakat yang saling bertimbang rasa serta menjauhi kerosakan.

“Dalam demokrasi, rakyat memilih kerajaan. Namun, jika kerajaan yang dipilih tidak dapat menjalankan tugasnya akibat campur tangan pihak lain, maka timbul lah persoalan tentang penghormatan terhadap mandat rakyat.

“Kita mengamalkan konsep federalisme, iaitu terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa negeri,” tambahnya.

Beliau berharap perkara itu diberi perhatian serius kerana terdapat kemungkinan prinsip perlembagaan telah dicabuli.

Contohnya di Amerika Syarikat skandal Watergate membawa kepada tindakan terhadap seorang presiden kerana berlaku penyalahgunaan kuasa.

“Kita juga perlu memastikan perlembagaan di Malaysia dihormati oleh semua pihak. Institusi kehakiman mesti diberi ruang untuk menjalankan tugasnya.

“Jika sesuatu perkara masih belum diputuskan oleh mahkamah, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan menunggu keputusan mahkamah,” katanya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook