Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Rakyat Kelantan rai sambutan 36 tahun MBI
Masyarakat & Kebajikan

Rakyat Kelantan rai sambutan 36 tahun MBI

Oleh Aslani M |

KOTA BHARU: Hari ini bermula Karnival Rakyat Kelantan sempena sambutan 36 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.

Karnival itu melibatkan pameran agensi kerajaan negeri, agensi keselamatan, pameran teknologi dan digital, karnival jualan, pertandingan ‘Mmene Ore Kelate’ dan acara pentas.

Manakala pada jam 9 malam ini akan diadakan Bicara Sisi Pandang bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah dan selebriti Sabri Yunus.

Pagi esok pula diadakan Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Warisan bermula jam 8.30 pagi akan disampaikan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Dr Ahmad Marzuk Shaary dan sesi kedua oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada jam 2 petang akan dilangsungkan Kalam Tokoh Wanita bersama Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dan Pesan Ustazah bersama Dato’ Dr Norhafizah Musa.

Jam 5 petang pula akan diadakan Ijtimak Pondok Kelantan yang mengundang Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya.

Pada masa sama konvoi bermotor anak-anak muda di pentas utama Stadium Sultan Muhammad IV diselangi persembahan sajak dan dikir barat.

Pentas Asabiqun ‘Menelusuri Ranjau 36 Tahun MBI pula akan diadakan di pentas karnival di hadapan Kelantan Trade Centre akan menampilkan tiga bekas ahli parlimen iaitu Dato’ Dr Wan Nik Wan Yussof, Haji Abdul Fatah Haron dan Haji Nasir Daud.

Acara kemuncak Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) malam esok bermula dengan solat Maghrib berjemaah di Stadium Sultan Muhammad IV. Kemudian diikuti Kuliah Maghrib Perdana disampaikan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Program kemudian diteruskan solat Isya’ berjemaah, solat hajat dan munajat yang akan dipimpin Tuan Guru Haji Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas.

Program kemuncak berakhir dengan pidato perdana yang akan mengetengahkan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Sanusi Md Nor; Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Selain itu, Presiden Parti Wawasan Negara, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin; Timbalan Muryidul Am PAS, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob serta aktivis rakyat Ishak Jalil dan Rahimi Osman. Di samping itu diselangi persembahan nasyid Soutul Amal.

Manakala hari terakhir Karnival Rakyat Kelantan akan diadakan Himpunan Huffaz Rabbani Kelantan bermula jam 8 pagi di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Persembahan kesenian Islam pula akan mengundang kumpulan nasyid terkenal iaitu The Rayhan dan UNIC bermula jam 9 malam sebagai acara penutup HIMPAK.  

Kuala Krai

Sementara itu ceramah pra-himpunan Munajat Penyatuan Ummah diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan secara serentak pada malam semalam. 

Pasir Mas

Bachok dan Kota Bharu




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook