Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SOP sudah ada, kes buli makin serius
Pendidikan

SOP sudah ada, kes buli makin serius

KOTA BHARU: Aspek keselamatan murid di sekolah dan asrama perlu dinilai semula secara menyeluruh bagi memastikan institusi pendidikan benar-benar menjadi tempat selamat.

Tindakan segera perlu dilakukan memandangkan kes buli semakin menjadi-jadi sehingga mengundang tragedi pembunuhan berlaku di kawasan sekolah.

Terbaharu seorang pelajar Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dilapor ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Salleh berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengkaji dan menambah baik sistem keselamatan di sekolah.

Menurut beliau, sebelum ini dilaporkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Za'ba, Kuala Pilah, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia.

"Insiden seumpama itu wajar menjadi peringatan serius aspek keselamatan murid di sekolah dan asrama perlu dinilai semula secara menyeluruh," katanya pada kenyataan.

Nuridah berkata, sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menuntut ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri.

Sehubungan itu, beliau menggesa KPM melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh dan berkala di semua sekolah serta institusi pendidikan.

Katanya, audit berkenaan perlu merangkumi keselamatan bangunan, asrama, tangga, balkoni, longkang dan kawasan berisiko, keberkesanan CCTV serta sistem pemantauan dan kecukupan pengawasan guru serta warden.

Menurutnya juga setiap insiden keselamatan murid tidak hanya dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya dianalisis bagi mengenal pasti kelemahan sistem dan ruang penambahbaikan.

"Persoalan yang perlu kita jawab ialah, apakah sistem sedia ada benar-benar mampu mencegah, mengesan dan bertindak pantas apabila keselamatan seorang anak terancam," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, rentetan insiden buli, gangguan, pergaduhan, kemalangan, keganasan dan kecederaan membabitkan murid di premis pendidikan wajar dilihat sebagai isu keselamatan yang serius dan sistemik.

Kata beliau tragedi ini berlaku ke atas arwah Irene Sofiya di tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat untuk anak-anak.

Menurutnya apa jua puncanya, keganasan tidak boleh diterima dan keselamatan anak-anak tidak boleh dikompromikan.

“Sudah ada undang-undang berkaitan buli, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP), namun persoalannya sejauh mana prinsip keselamatan benar-benar dihayati seluruh warga sekolah, dilaksanakan secara konsisten dan dikuatkuasakan apabila berlaku pelanggaran,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook