Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Syarikat urus transaksi wang awam tanpa kontrak
Ekonomi & Pembangunan

Syarikat urus transaksi wang awam tanpa kontrak

 

KUALA LUMPUR: Pembangkang mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat yang menguruskan transaksi wang awam selama lima tahun tanpa kontrak yang jelas.

Syarikat terbabit iaitu Dapat Vista Sdn Bhd dikatakan memperolehi RM4 juta hingga RM5 juta setahun daripada faedah simpanan di bank.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, berdasar audit dijalankan pada Julai 2025, tiada perjanjian atau kontrak rasmi dimeterai antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Sedangkan katanya, kontrak merupakan dokumen yang menentukan skop kerja, tanggungjawab setiap pihak atau obligasi.

“Ia juga melibatkan hak kerajaan, mekanisme audit, perlindungan data, liabiliti sekiranya berlaku kegagalan visita. Kita tahu siapa kerajaan pada masa itu.

“Ini isu asas pengurusan kewangan dalam mana-mana pengurusan kontrak kerajaan. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai aspek tadbir urus pelantikan vendor. Mengapa pelantikan vendor dibuat sebelum kontrak dimuktamadkan,” katanya di Dewan Rakyat petang semalam.

Sistem e-Jamin merupakan sebuah platform transaksi digital dilancar kerajaan pada 10 Januari 2020 beroperasi di 192 mahkamah di seluruh negara.

Sistem itu membolehkan pengurusan bayaran jaminan dibuat secara atas talian berbanding prosedur lama yang memerlukan proses jaminan dibuat secara manual.

Kerajaan Madani kemudian meneruskan penggunaan sistem e-Jamin, selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menggalakkan inisiatif pendigitalan dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri pada kenyataan dua tahun lepas memaklumkan, ia bagi menjamin kemudahan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Akaun syarikat

Bagaimanapun Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menemui wang jaminan dibayar melalui sistem e-Jamin didapati dimasukkan ke akaun komersial syarikat dan gagal memperaku ke dalam Akaun Amanah Disatukan.

Pengerusi PAC, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin pada kenyataan mendedah tindakan tersebut melanggar Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957.

PAC juga mendapati baki deposit wang jaminan RM193.71 juta (sehingga 31 Disember 2024) dalam akaun syarikat dilabur sebanyak RM130.8 juta wang jaminan itu bagi mengaut faedah RM4 hingga RM5 juta setahun.

Oleh itu Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS mempersoalkan adakah proses perolehan dibuat secara tender terbuka dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Kata beliau dalam sektor awam, prinsip paling asas wang kerajaan hendaklah berada di bawah kawalan kerajaan.

“Apabila wang awam ditempatkan dalam akaun pihak ketiga, kerajaan perlu mempunyai asas perundangan yang kukuh bagi melindungi kepentingan rakyat.

“Ketua Audit Negara melaporkan sehingga 31 Disember 2020 terdapat baki RM193.71 juta masih berada dalam akaun syarikat dan belum dipindahkan ke akaun amanah disatukan.

“Jumlah itu bukan kecil. Persoalannya mengapa selepas lima tahun perkara ini masih belum diselesaikan? Siapakah yang bertanggungjawab memastikan wang tersebut dipindahkan?,” katanya. 

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook