Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bina hub logistik, pelabuhan darat di Tok Bali
Ekonomi & Pembangunan

Bina hub logistik, pelabuhan darat di Tok Bali

 


KOTA BHARU: Kerajaan negeri merancang membangun hub logistik dan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok Bali bagi memperkukuhkan stesen Pasir Puteh sebagai hub kargo di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penyediaan infrastruktur sokongan termasuk jaringan jalan raya, kawasan gudang, pusat pengumpulan dan pengedaran serta kemudahan logistik perlu diberi perhatian.

Katanya, kemudahan itu akan memberi manfaat kepada pengangkutan rel supaya sampai kepada pemain industri tempatan.

“Kerajaan negeri akan memastikan kawasan yang bersesuaian di sekitar koridor ECRL dirancang untuk aktiviti industri yang mempunyai hubungan langsung dengan kemudahan rel.

“Fokus kita industri pemprosesan, industri makanan, agro industri, gudang dan aktiviti nilai tambah yang boleh menggunakan kemudahan kargo ECRL.

“Bahan mentah daripada Pasir Puteh dan kawasan sekitarnya boleh diproses di sini sebelum dihantar ke pasaran,” katanya menjawab soalan Nor Asilah Mohamed Zain (PAS-Limbongan) pada sidang Dun hari ini.

Nor Asilah

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, kerjasama MIDA, ECERDC dan agensi pembangunan usahawan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan meningkatkan kapasiti, pensijilan, pembiayaan, teknologi dan akses pasaran.

Antara peluang kata beliau perkhidmatan pengangkutan, pembungkusan, penyimpanan, penyelenggaraan, katering, perkhidmatan sokongan serta pembekalan kepada industri.

“Pembangunan industri dan logistik disertai dengan usaha meningkatkan kemahiran anak-anak Pasir Puteh terutamanya mendapat pekerjaan dalam bidang logistik, pengurusan gudang, penyelenggaraan, technical, operasi rel, teknologi dan pengurusan industri.

“Kerajaan negeri merancang untuk menambah baik connectivity, hubungan jalan raya sesuai dengan kedudukan Pasir Puteh ECRL, Tok Bali Supply Base (TBSB) dengan pembangunan berasaskan kargo di Cherang Tuli,” katanya.

ECRL juga mengemukakan permohonan rasmi bagi pengambilan tanah bagi tujuan menaik taraf laluan FT482 di Tok Bali, jajaran Pasir Puteh sejauh 13 kilometer ke Tok Bali Industrial Park.

“Kita panggil pelabuhan darat. Seterusnya kerajaan negeri melalui UPEN mengangkat permohonan untuk naik taraf Jalan Negeri D161 Jalan Cherang Tuli kepada jalan persekutuan bagi melancarkan perhubungan antara stesen ECRL Pasir Puteh dengan jalan FT482, ujarnya. 

Selain itu, menaik taraf jalan D161 kepada standard lebih besar bagi membolehkan kegunaan kenderaan berat bersaiz lebar seperti lori kontena.

Menurutnya juga kerja-kerja menaik taraf di sepanjang jalan Pasir Puteh terutamanya antara Banir Berlikong dan Bukit Yong sedang dilaksanakan.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads