Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan teroka penerbangan terus ke rantau ASEAN
Ekonomi & Pembangunan

Kelantan teroka penerbangan terus ke rantau ASEAN

 

KOTA BHARU: Kelantan akan terus meneroka potensi pembukaan lebih banyak laluan penerbangan terus ke destinasi domestik dan antarabangsa pada masa akan datang.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Seni dan Warisan, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, kerajaan negeri turut berusaha memperkukuh akses udara melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra.

Sebagai contoh, laluan Kota Bharu-Jakarta yang bermula pada pertengahan tahun ini membuka peluang untuk memperluas pasaran pelancongan, khususnya dari Indonesia ke Kelantan.

“Penerbangan terus bermula pada 16 Jun 2026. Untuk tempoh Jun lepas jumlah penumpang ataupun jumlah pengunjung ke Kota Bharu dari Jakarta ialah seramai 1,361 orang.

“Bulan Julai dari Jakarta ke Kota Bharu, jumlah penumpang seramai 2,317 orang dan Ogos 422 penumpang. September pula 2,124 orang,” katanya menjawab soalan Shaari Mat Yaman (PAS-Bunut Payong) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Shaari 

Menurutnya sehingga 20 Oktober lepas seramai 1,741 orang pelancong dari Indonesia datang ke Kelantan.

Kata beliau perkembangan yang berlaku itu memberi purata penumpang dalam pesawat sebanyak 71.87 peratus.

“Bagi feasibility operasi penerbangan, syarikat penerbangan hanya memerlukan 55 peratus load untuk jadi feasible. Sekarang 71.87 peratus dan ini memberi gambaran penerbangan masa depan agak baik.

“Bagaimanapun saya risau kalau tidak ada sambutan, lama-kelamaan syarikat penerbangan batalkan penerbangan terus. Tapi setakat ini trendnya menunjukkan sedang meningkat dan bertahan,” ujarnya. 

Kamarudin juga berkata, langkah kerajaan melulus projek memanjangkan landasan daripada 2,400 kepada 2,800 meter akan memberi peluang untuk menerokai lebih banyak lagi penerbangan dari Kota Bharu ke beberapa tempat di sekitar ASEAN.

Di samping itu membolehkan kapal terbang lebih besar mendarat dan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Katanya juga usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia sedang giat dijalankan dengan menjadi Kota Bharu sebagai destinasi yang menarik.

Selain itu tarikan keenakan makanan, budaya dan kraf tangan warisan dan kemudahan perubatan yang bertaraf antarabangsa di Kota Bharu.

“Kemudahan perubatan standard serupa di peringkat nasional, tetapi kosnya 20-25 peratus lebih murah berbanding dengan Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Melaka.

“Pelancong yang datang ke Kelantan juga boleh pergi ke selatan Thai dengan mengadakan hubungan dengan masyarakat Melayu di sana. Ini alhamdulillah diterima baik pengunjung dari Indonesia,” katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri berharap usaha perniagaan dapat ditingkat bagi meningkatkan tempoh penginapan dan perbelanjaan pelancong ketika berada di Kota Bharu.

Menurutnya juga jumlah pelancong yang terbabit dengan penerbangan langsung Jakarta-Kota Bahru setakat bulan ini 9,985 orang.

Kata beliau berdasar jumlah pelancong tersebut berdasar formula Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Kelantan menjana RM7.48 juta dalam tempoh lima bulan.


 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads