Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kerja memanjang landasan kapalterbang siap akhir 2027
Ekonomi & Pembangunan

Kerja memanjang landasan kapalterbang siap akhir 2027

KOTA BHARU: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu diiktiraf kerajaan Persekutuan sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Pengiktirafan itu selaras dengan LTSIP dinaiktaraf dengan menyediakan terminal ketibaan dan pelepasan lebih besar bagi menampung pertambahan jumlah penumpang.

LTSIP dilengkapi lebih 20 kaunter penerbangan, kemudahan parkir bertingkat, laluan khas pemandu teksi dan pertambahan ruang parkir pesawat ditambah kepada 11 berbanding lima sebelum ini.

Lapangan terbang itu mampu menampung hingga empat juta penumpang setahun berbanding 1.5 juta sebelum ini. Manakala ruang letak kenderaan kira-kira 1,300 lot berbanding hanya 350 lot sebelum ini.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerja-kerja memanjangkan landasan pula sedang giat dilaksanakan.

Katanya kerja-kerja pembinaan landasan tidak dilakukan pada waktu siang kerana terdapat penerbangan yang beroperasi.

“Lapangan terbang Kota Bharu mengendalikan kira-kira 42 penerbangan sehari. Pihak kontraktor perlu mematuhi peraturan operasi lapangan terbang.

“Walaupun panjang landasan yang terlibat kira-kira 400 meter, kerja-kerja tersebut perlu dilaksanakan pada waktu malam,” katanya pada menjawab soalan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Menurutnya juga projek tersebut dijangka siap pada Disember tahun hadapan.

Beliau juga berkata, kerajaan Kelantan sebelum ini memohon supaya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga ke Rantau Panjang dan ia mendapat pertimbangan kerajaan.

“Rantau Panjang terletak di sempadan dengan selatan Thailand. Kita perlu melihat Kelantan sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negara lain.

“Kita tidak boleh melihat Kelantan hanya sebagai sebuah negeri semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kedudukannya sebagai kawasan sempadan negara.

“Alhamdulillah, permohonan kita telah mendapat maklum balas yang baik. Kerajaan telah mengumumkan bersetuju untuk menyambung laluan ECRL sehingga ke Rantau Panjang,” ujarnya.

Menurutnya juga banyak lagi perkara yang sedang dibincangkan dengan kerajaan Pusat dan sudah tentu banyak perubahan akan berlaku di Kelantan.

Kata beliau banyak permohonan yang dikemukakan kerajaan negeri mendapat perhatian kerajaan Pusat.

“Hampir semua perkara yang kita mohon mendapat maklum balas dan persetujuan yang baik antaranya Projek Empangan Lebir telah diumumkan pelaksanaannya. Banyak lagi perkembangan positif yang sedang berlaku.

“Saya mengucap ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Insya-Allah, apabila semua projek terbabit selesai dilaksanakan, peluang pekerjaan juga akan terbuka kepada rakyat,” tambahnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads