Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Machang Dicadang Jadi Hab Logistik Strategik Kelantan
Masyarakat & Kebajikan

Machang Dicadang Jadi Hab Logistik Strategik Kelantan

 

YB Azhar Salleh (Pulai Chondong) ketika perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2027 yang membangkitkan cadangan menjadikan Machang hab logistik strategik.

Machang dicadangkan dibangunkan sebagai Hab Logistik Strategik Negeri Kelantan dengan memanfaatkan kedudukannya yang relatif di tengah-tengah negeri bagi menghubungkan aktiviti pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Cadangan itu dikemukakan YB Azhar Salleh (Pulai Chondong) ketika membahaskan Belanjawan Negeri Kelantan 2027, selain menggariskan beberapa inisiatif pembangunan lain bagi memperkukuh potensi ekonomi Machang.

Menurut beliau, rangkaian logistik yang lebih tersusun mampu menjadikan Machang sebagai pusat pengedaran strategik, sekali gus melancarkan pergerakan hasil pengeluaran dan barangan perdagangan ke seluruh Kelantan.

777.5 Hektar Tanah Terbiar Untuk Zon Melon Manis

Dalam sektor pertanian, Azhar mencadangkan supaya tanah terbiar seluas 777.5 hektar di jajahan Machang dimanfaatkan melalui pembangunan Zon Pertanian Melon Manis Machang.

Inisiatif tersebut dilihat berpotensi meningkatkan produktiviti pertanian, menjana pendapatan penduduk tempatan dan memperkukuh keterjaminan makanan negeri.

Taman Industri IBS Buka Peluang Kepada Belia dan Vendor Tempatan

Beliau turut mencadangkan supaya pembangunan Taman Industri IBS Machang disertai program latihan kemahiran kepada belia tempatan melalui kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pada masa sama, Program Pembangunan Vendor Tempatan dicadangkan bagi membolehkan kontraktor kecil, pembekal bahan binaan, pengusaha pengangkutan, penyedia makanan serta usahawan tempatan mengambil bahagian dalam rantaian bekalan industri berkenaan.

Langkah tersebut bertujuan memastikan perkembangan sektor perindustrian turut membuka peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Pendigitalan dan Pensijilan Perkukuh IKS

Dalam usaha memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Azhar mencadangkan pendekatan bersepadu melibatkan pendigitalan, bantuan peralatan, penambahbaikan pembungkusan dan penjenamaan produk.

Beliau turut menekankan kepentingan pensijilan Halal dan MeSTI mengikut kesesuaian produk bagi memperkukuh keupayaan usahawan tempatan.

Keseluruhan lima cadangan pembangunan ekonomi itu memberi tumpuan kepada pemanfaatan kedudukan geografi Machang, sumber tanah, potensi perindustrian dan pembangunan modal insan.

Pelan Strategik KIAS 2027–2035 Turut Dicadangkan

Dalam aspek pendidikan tinggi, Azhar turut mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bersama pengurusan KIAS merangka Pelan Strategik KIAS 2027–2035 sebagai hala tuju institusi berkenaan untuk mencapai status universiti penuh.

Antara bidang yang dicadangkan untuk diperkukuh ialah Pengajian Islam Kontemporari, Kewangan Islam, Industri Halal, Pendidikan dan Pengurusan.

Selain itu, beliau mencadangkan peluasan kursus profesional, mikrokelayakan, penyelidikan serta kerjasama industri bagi memperkukuh pembangunan akademik dan keupayaan institusi tersebut.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads