Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Nasi kerabu juara pertandingan makanan tradisional di Dubai
Nasional

Nasi kerabu juara pertandingan makanan tradisional di Dubai

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang berusaha mencalonkan Kota Bharu sebagai Bandar Kreatif Gastronomi di bawah rangkaian Bandar Kreatif UNESCO.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Seni dan Warisan, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, pencalonan itu dengan menengahkan keunikan makanan warisan, masakan tradisional dan identiti kulinari Kelantan.

 Kamarudin

Katanya, pada awal tahun ini, nasi kerabu diisytiharkan sebagai makanan tradisional yang mendapat pengiktirafan dan memenangi pertandingan makanan tradisional yang dianjurkan oleh Persatuan Hotel Dunia di Dubai.

“Alhamdulillah. Tapi kita tak tahu nasi kerabu tu nasi kerabu original atau sebaliknya. Namun, pokoknya ialah nasi kerabu.

“Jadi kalau kita pertandingankan yang asli, jadi dapat nombor satu plus-plus, Insya-Allah,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. 

Sebelum ini media melaporkan pasukan chef Malaysia memenangi pingat emas dalam kejohanan 'Masakan Kebangsaan Terbaik Di Dunia' pada 24 Mei lalu.

Seramai enam tukang masak menghasilkan menu tradisional Malaysia antaranya nasi kerabu, rendang ayam, cendol, kuih keria dan udang sambal.

Kamarudin juga berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian pembangunan pelancongan berasaskan warisan dan teknologi bagi memperkayakan pengalaman pelancong di Kota Bharu.

Antara tumpuan utama memperkasakan imej Kota Bharu sebagai Kota Budaya, melihara tapak bersejarah, seni bina tempatan unik, permainan tradisional serta hasil kraftangan menarik.

Katanya, pada tahun 2026, sebanyak 52 program pelancongan dirancang berbanding 41 program (2025) yang merangkumi pelbagai segmen, termasuk aktiviti kebudayaan, pesta makanan dan program wacana intelektual.

Selain itu, kata beliau kerajaan negeri memberi perhatian kepada pemeliharaan dan pembangunan industri batik, kraf tangan produk pelancongan yang mencermin identiti dan keunikan seni budaya Kelantan.

“Usaha mempromosi perusahaan batik, hasil kraft tangan tempatan dan kampung kraft berpotensi memperluas ruang ekonomi pengusaha tempatan, di samping meningkatkan pengalaman pelancong,” ujarnya.

Beliau juga berkata, selaras dengan hala tuju Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040, pendigitalan warisan dan kebudayaan turut diberi perhatian termasuk cadangan pembangunan Virtual Heritage Trail.

Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Bharu

“Street art dan digital storylines berpotensi membantu pelancong mengakses maklumat sejarah dan budaya secara lebih interaktif sekaligus meningkatkan daya tarikan kawasan warisan bandar.

“Tarikan seperti muzium, Galeri Lukisan, Pasar Besar Siti Khatijah, Masjid Al-Muhammadi, Gelanggang Seni dan kawasan bandar lama berpotensi dihubungkan melalui laluan pelancongan lebih tersusun,” katanya. 

Kata beliau langkah itu disokong dengan menambahbaik pengindahan landskap, kebersihan serta aksesibiliti bagi mewujudkan persekitaran bandar yang menarik.

 

 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads