Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pembinaan prasarana SUKMA 2028 siap ikut jadual
Ekonomi & Pembangunan

Pembinaan prasarana SUKMA 2028 siap ikut jadual

Oleh Aslani M |

KOTA BHARU: Kerajaan negeri yakin kerjasama erat kerajaan Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi-agensi berkaitan, pembangunan infrastruktur SUKMA 2028 dapat disiapkan sebelum temasya berlangsung.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Zamakhshari Muhamad berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan semua projek berada pada landasan pelaksanaan ditetapkan.

Zamakhshari

Katanya, tindakan segera akan diambil terhadap sebarang isu yang boleh menjejaskan jadual penyiapan projek.

“Dari segi jadual pelaksanaan terdapat beberapa projek yang mengalami kelewatan beberapa peratus.

“Namun, kita yakin dengan tempoh penampan yang ada, insya-Allah semua projek dapat disiapkan pada tahun 2027 dan boleh digunakan untuk SUKMA yang dijangka berlangsung pada hujung 2028,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Antara projek utama yang sedang dilaksanakan iaitu pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pusat Akuatik Tunjong di Kota Bharu serta Kompleks Sukan Bandar Jeli.

Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh merangkumi enam venue utama iaitu Stadium Utama Bukit Merbau, arena tertutup serbaguna, stadium hoki, pusat squash, gelanggang lawn bowl dan lapang sasar menembak dengan lapan sasaran.

Pembinaan prasarana di Kompleks Sukan Bukit Merbau

Pusat Akuatik Kota Bharu di Tunjong dan Kompleks Sukan Bandar Jeli kini kemajuan fizikal 88.5 peratus berbanding jadual 93.75 peratus.

“Projek itu dijadualkan siap pada 31 Disember 2026 dan seterusnya akan melalui proses persediaan bagi tujuan pengoperasian serta penganjuran SUKMA 2028.

“Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek-projek tersebut sedang berjalan mengikut jadual kontrak yang ditetapkan, dengan setiap komponen dijadualkan siap secara berperingkat pada tahun 2027.

“Kerajaan negeri melaksanakan pemantauan bersama agensi-agensi teknikal bagi memastikan pembangunan dan penyediaan venue dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya menjawab soalan Azhar Salleh (PAS-Pulai Chondong).

Azhar Salleh

Menurutnya juga projek pembinaan dan kerja-kerja tanah Kompleks Sukan Bukit Merbau dengan kos keseluruhan RM68 juta telah siap sepenuhnya pada 18 Ogos lepas.

Selain itu, projek pembinaan infrastruktur dan kerja-kerja berkaitan Kompleks Sukan Bukit Merbau turut melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM53 juta.

Kata beliau sehingga kini, projek tersebut mencapai kemajuan fizikal sebenar 51.44 peratus berbanding jadual 52.43 peratus.

Skop utama projek merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan (STP), pembinaan jalan utama dan jalan dalaman serta sistem retikulasi air termasuk tangki air, rumah pam dan kerja-kerja saliran.

“Projek terbabit dijadual siap pada 12 Jun 2027 selepas mendapat lanjutan masa (EOT) kedua berikutan isu reka bentuk sistem pembetungan yang perlu diselaraskan semula,” ujarnya.

Beliau juga berkata, bagi kerja tanah dan jalan masuk utama di Kompleks Sukan Bukit Merbau, telah siap sepenuhnya.

Kata beliau juga tumpuan turut diberi kepada persediaan pengoperasian, penyelenggaraan venue, penyediaan peralatan serta kelengkapan sukan, utiliti, dan kesiapsiagaan venue.

Mohd Rusli

Menjawab soalan tambahan Mohd Rusli Abdullah (PAS-Wakaf Bharu) katanya, pihak sekretariat dan Majlis Sukan Negeri menjalinkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan sukan bagi mendapatkan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran berkaitan spesifikasi setiap venue pertandingan.

“Kerjasama itu bertujuan memastikan kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja-kerja pembinaan, pengubahsuaian dan naik taraf fasiliti berdasarkan spesifikasi teknikal yang ditetapkan,” ujarnya.

Selain itu, venue berkenaan juga perlu melalui pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan teknikal daripada persatuan sukan kebangsaan sebelum digunakan untuk pertandingan SUKMA.

Jalan masuk ke Kompleks Sukan Bukit Merbau, Selising

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads