Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PN cipta kejutan bermula di Melaka
Nasional

PN cipta kejutan bermula di Melaka

 

AYER MOLEK: Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan Melaka sebagai batu loncatan yang kukuh bagi membuktikan kerjasama politik baharu boleh membawa ke Putrajaya.

Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir Dr Samsuri Mokhtar berkata, PN menaruh harapan yang tinggi untuk mencipta kejutan bermula di Melaka.

“Justeru, apa sahaja yang berlaku di Melaka amat penting. Maklum balas yang kita terima di peringkat akar umbi sangat positif, walaupun tidak dinafikan kita berdepan cabaran daripada pihak yang menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Saya melihat asas kerjasama yang diteroka sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Sembilan sebagai satu asas yang sangat penting,” katanya pada sidang media selepas melawat Bilik Gerakan Dun Kesidang semalam.

Dr Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada peringkat awal PN dan BN masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

Kata beliau walaupun hubungan antara komponen PN dengan BN sudah terjalin sebelum ini, hubungan tersebut belum diterjemahkan dalam bentuk kerjasama politik.

Namun, kerjasama itu berjaya dimulakan di Negeri Sembilan dan menjadi asas kepada perkembangan seterusnya.

“Di Melaka, kerjasama ini bergerak lebih jauh ke hadapan apabila perbincangan awal diadakan beberapa kali berbanding di Negeri Sembilan.

“Oleh itu, saya percaya kita mampu mencapai keputusan yang lebih baik dari segi peratusan berbanding pilihan raya di Negeri Sembilan,” ujarnya.

Menurutnya juga perkembangan yang berlaku bermula di Johor, diikuti Negeri Sembilan, Melaka dan mungkin selepas ini Sarawak walaupun setiap negeri suasana dan senario politik berbeza.

Namun, perkembangan itu membuka ruang kepada parti-parti politik dalam gabungan bekerjasama, saling mengenali dan memahami amalan terbaik dalam gerak kerja pilihan raya.

“Sebab itulah saya kata perkara ini merupakan satu asas yang sangat penting, khususnya dari segi kaedah kerja dan usaha memahami antara satu sama lain.

“Dengan itu, apabila kita menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi merebut kerusi di Putrajaya nanti, kerjasama ini akan menjadi lebih mantap, kukuh dan mempunyai kaedah kerja lebih mampan,” ujarnya.

PN bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 iaitu Paya Rumput diwakili Rafie Ahmad (PAS); Ayer Keroh, Dato’ Seri Michael Gan (Gerakan).

Selain itu Bukit Katil, Ridzuan Sarif (PAS); Kesidang, Albert Kok (Wawasan) dan Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub (Wawasan). Manakala 23 lagi Dun ditandingi calon BN.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads